Profesion perguruan merupakan satu profesion yang dinamik dan penting didalam pembangunan bangsa dan negara. Ianya sentiasa berubah tetapi tetap segar mengikut kehendak masa dan semasa bagi menjamin keperluan negara dalam mendidik dan membina rakyat Malaysia yang berjiwa kental dan mantap serta berilmu bagi membina masyarakat yang dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah agensi yang bertanggungjawab mengendalikan program latihan keguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Kurikulum latihan keguruan digubal bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, mahir berfikir dan cekap teknologi.
2 PROGRAM YANG DITAWARKAN
Bahagian Pendidikan Guru mengendalikan beberapa program latihan keguruan praperkhidmatan untuk calon lepas SPM seperti tersebut dibawah :
A. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara.
A1. Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut :
Bachelor of Science (Honours) - Mathematics
Bachelor of Science (Honours) - Physics
Bachelor of Science (Honours) - Chemistry
Bachelor of Science (Honours) - Biology
Bachelor of Science (Honours) - Clinical Speech Therapy
Bachelor of Science (Honours) - Occupational Health Therapy
Bachelor of Science (Honours) - Audiology
Bachelor of Science (Honours) - Clinical Psychology
Program ini dikhususkan untuk melahirkan guru-guru bagi sekolah menengah dalam mata pelajaran berikut :
Matematik
Fizik
Kimia
Biologi
Pendidikan Khas (Clinical Speech Therapy, Occupational Health Therapy, Audiology, Clinical Psychology)
Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 7A termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan dan dua mata pelajaran yang lain di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Calon yang mencapai gred 3B atau lebih baik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris GCE O Level di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau mencapai sekurang-kurangnya Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan.
Calon perlu mengikuti kursus persediaan selama 2 - 4 semester di institusi pengajian/ kolej terpilih yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam negara.
Calon yang lulus dengan jayanya di peringkat Kursus Persediaan akan ditawarkan untuk mengikuti Kursus Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah pertama di universiti terkemuka luar negara seperti United Kingdom, Australia atau New Zealand, selama 6 - 7 semester.
Selepas tamat pengajian di peringkat ijazah pertama, calon dikehendaki mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Institusi Pendidikan Guru Malaysia yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam negara selama 2 semester.
A2. Institusi yang mengendalikan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Khas) :
a. International Education Centre (INTEC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.
b. Institut Kajian Liberal (IKAL), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kajang, Selangor.
c. Kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Lembah Beringin, Tanjung Malim, Perak.
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke universiti terkemuka di luar negara.
Aktiviti Tempat Tempoh semester
Pengajian Persediaan Kolej Persediaan KPM 2 - 4 semester (mengikut kolej pengajian)
Pengajian Ijazah Pertama (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Khas) Universiti Terkemuka Luar Negara (UK, Aust atau NZ) 6 - 7 semester (mengikut universiti pengajian)
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Institusi Pendidikan Guru Malaysia akan ditetapkan oleh KPM 2 semester
B. Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP).
B1. Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut :
Bachelor of Arts Degree in Sciences of Languages and Information Specializing in Teaching French as a Foreign Language
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melatih guru-guru bagi sekolah menengah untuk mata pelajaran Bahasa Perancis.
Program ini terbuka hanya kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam bahasa Perancis. Calon hendaklah telah menduduki ujian kompetensi bahasa Perancis dan memiliki DELF 1.
Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 4A termasuklah mata pelajaran Bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya B3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Sains atau Sains Tambahan atau satu mata pelajaran teknikal di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Calon perlu mengikuti kursus persediaan selama 4 semester di institusi pengajian/kolej terpilih yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam negara.
Calon yang lulus dengan jayanya di peringkat kursus persediaan akan ditawarkan untuk mengikuti program kembar Kursus Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah pertama di universiti terkemuka negara Perancis, selama 6 semester.
Selepas tamat pengajian di peringkat ijazah pertama, calon dikehendaki mengikuti Kursus Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam negara selama 2 semester.
Program Kembar Bahasa Perancis.
Aktiviti Tempat Tempoh semester
Pengajian Persediaan Institut/ Kolej Pengajian yang ditetapkan oleh KPM 2 semester
Pengajian Ijazah Pertama
(Bahasa Perancis) Universiti Terkemuka Negara Perancis 6 semester
Kursus Diploma Perguruan Institusi akan ditetapkan oleh KPM 2 semester
C. Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ).
C1. Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut :
Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Dengan Pendidikan (Kepujian) - Bahasa Jerman
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melatih guru-guru bagi sekolah menengah untuk mata pelajaran Bahasa Jerman.
Program ini terbuka hanya kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam bahasa Jerman.
Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 4A termasuklah mata pelajaran Bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya B3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Sains atau Sains Tambahan atau satu mata pelajaran teknikal di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Calon perlu mengikuti Kursus Persediaan selama dua tahun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Calon yang lulus dengan jayanya di kedua-dua peringkat kursus persediaan akan ditawarkan untuk mengikuti program kembar Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah pertama dalam bahasa Jerman di institut pengajian tinggi tempatan selama tiga tahun (tahun 1, 2 dan 3) dan di Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) selama satu tahun (tahun 4).
Program Kembar Bahasa Jerman.
Aktiviti Tempat Tempoh semester
Pengajian Persediaan 1 Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan 4 semester
Pengajian Ijazah Pertama Universiti Tempatan Dalam Negara 6 semester
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditetapkan 2 semester _________________ 能为学生付出爱心就是老师的福气!
D1. Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut :
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melahirkan guru-guru terlatih dalam pelbagai bidang bagi keperluan sekolah rendah kecuali bidang Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) ditawarkan bagi keperluan di sekolah rendah dan sekolah menengah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia
Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya enam kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Sains atau Sains Tambahan atau satu mata pelajaran teknikal, Sejarah dan satu mata pelajaran yang lain di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Calon-calon yang terpilih, dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Calon-calon yang lulus kursus persediaan dengan jayanya akan ditawarkan untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah pertama selama lapan semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia/ Institut Pengajian Tinggi Awam yang ditetapkan.
Kementerian Pelajaran Malaysia boleh membuat penempatan semula calon-calon ke bidang pengajian yang lain, yang lebih sesuai mengikut keputusan peperiksaan calon di IPGM setelah tamat kursus persediaan.
Calon yang menamatkan program ini dengan jayanya akan dianugerahi dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan/Bachelor in Education (TESL).
Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :
Bahasa Melayu Pendidikan Rendah.
Bahasa Inggeris (TESL) Pendidikan Rendah.
Bahasa Inggeris (TESL) Pendidikan Menengah.
Bahasa Cina Pendidikan Rendah.
Bahasa Tamil Pendidikan Rendah.
Pengajian Islam Pendidikan Rendah.
Pengajian Sosial Pendidikan Rendah.
Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah.
Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah.
Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah.
Pendidikan Khas Pendidikan Rendah.
Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah.
Sains Pendidikan Rendah.
Matematik Pendidikan Rendah.
Reka Bentuk dan Teknologi - Pendidikan Rendah.
Pendidikan Prasekolah.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Aktiviti Tempat Tempoh semester
Pengajian Persediaan Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditetapkan 3 semester
Pengajian Ijazah Pertama
(Ijazah Sarjana Muda Perguruan) Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditetapkan 8 semester
3. MAKLUMAT TAMBAHAN
3.1 Hanya calon-calon yang memperoleh jumlah skor merit terbaik yang melepasi tahap skor minimum yang ditetapkan sahaja yang akan dipanggil temu duga. Calon-calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki Ujian Sahsiah Keguruan (INSAK) secara bertulis semasa menghadiri temu duga. Calon dikehendaki membawa bersama pensil 2B dan pemadam.
3.2 Pemilihan calon untuk tawaran bagi mengikuti kursus keguruan bergantung kepada merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan juga keputusan ujian sahsiah (INSAK).
3.3 Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menentukan dan menetapkan jenis program/ kursus untuk ditawarkan kepada calon walaupun bukan mengikut keutamaan pilihan calon.
3.4 Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama tempoh yang telah ditetapkan mengikut jenis program yang ditawarkan di institusi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hanya calon yang lulus kursus persediaan dengan jayanya akan meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.
3.5 Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menempatkan semula calon yang berjaya di peringkat Kursus Persediaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institut Pendidikan Guru atau mana-mana institusi pengajian di dalam bidang yang ditentukan.
3.6 Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti kursus keguruan, dikehendaki menandatangani perjanjian pendidikan guru untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia di mana-mana sekolah atau institusi seperti yang diarahkan, selepas tamat pengajian untuk tempoh yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
3.7 Segala perbelanjaan untuk menghadiri temu duga adalah ditanggung oleh calon sendiri.
3.8 Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari masa ke masa melalui internet untuk mendapat maklumat terkini mengenai panggilan temu duga dan juga keputusan temu duga yang dihadiri.
3.9 Tiada surat menyurat dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru untuk panggilan temu duga dan juga keputusan temu duga. Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa calon melapor diri pada hari pendaftaran.
3.10 Maklumat mengenai status permohonan dan e-Panduan Permohonan Secara Dalam Talian bagi mengikuti Kursus Perguruan bagi Lepas Sijil Pelajaran Malaysia ini boleh didapati di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. (http://www.moe.gov.my)
4. SKOR MERIT
4.1 Pemilihan calon untuk mengikuti program latihan perguruan adalah berdasarkan kepada merit. Skor merit adalah skor yang diperolehi daripada jumlah skor akademik dan juga skor dalam kegiatan ko kurikulum.
4.2 Sebelum ditawarkan untuk mengikuti pengajian perguruan, calon-calon dikehendaki menduduki temu duga dahulu. Calon-calon yang melepasi skor merit minimum yang ditetapkan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga.
4.3 Skor merit akademik adalah jumlah skor terkumpul bagi lapan ( mata pelajaran (lima daripada kelompok mata pelajaran wajib syarat umum permohonan dan tiga mata pelajaran terbaik yang lain). Merit akademik menunjukkan kedudukan calon di dalam status tangga skor akademik seperti yang ditetapkan dalam tatacara pengiraan skor merit. Nilai skor merit akademik yang diberikan adalah seperti berikut :
Gred mata
pelajaran Skor Pangkat
1A
2A 18
16 Cemerlang
3B
4B 14
12 Kepujian
5C
6C 10
8
7D
8E 6
4 Lulus
9G 0 Gagal
Contoh
Jika seseorang calon memperolehi keputusan SPM seperti berikut :
Bahasa Melayu 2A
Bahasa Inggeris 4B
Matematik 1A
Sejarah 3B
Matematik Tambahan 5C
Fizik 4B
Kimia 3B
Pendidikan Agama Islam 1A
Bahasa Arab 5C
Kaedah pengiraan skor merit akademik adalah seperti berikut :
Mata Pelajaran Gred Skor Keterangan Jumlah
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Kimia
Sejarah 2A
4B
1A
3B
3B 16
12
18
14
14 Lima (5) mata pelajaran
wajib,
Jumlah = 74 mata Skor Merit Akademik
Jumlah = 114 mata
Pendidikan Agama Islam
Fizik
Matematik Tambahan 1A
4B
5C 18
12
10 Tiga (3) mata
pelajaran lain terbaik
Jumlah = 40 mata
5. CARA MEMOHON
5.1 Permohonan untuk mengikuti program keguruan ini hanya boleh dibuat secara Dalam Talian sahaja melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my). Calon dinasihatkan membaca dan memahami dahulu e-Panduan Permohonan sebelum membuat permohonan.
5.2 Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia mulai 8 Mac 2009 dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor pin tersebut.
5.3 Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
5.4 Calon boleh mengguna nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan atau kemaskini maklumat kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
5.5 Maklumat butiran permohonan yang tidak lengkap, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
6. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan ini akan ditutup pada 22 Mac 2009.
7. PENDAFTARAN
Calon yang berjaya yang ditawarkan tempat untuk mengikuti Kursus Persediaan bagi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara (PPC) ini akan mendaftar di Kolej/ Institut pada bulan Jun 2009. Tarikh yang sebenar akan dimaklumkan nanti. Calon-calon program lain yang ditawarkan tempat untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pada 13 Julai 2009 (Tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
8. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.
9. KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN
9.1 Calon hendaklah menyemak permohonan dari semasa ke semasa untuk mengetahui status permohonan masing-masing. Bersama ini disediakan satu kalendar aktiviti permohonan bagi memudahkan calon menyemak status permohonan. Kalendar yang disediakan ini adalah sebagai panduan dan tarikh boleh berubah mengikut keadaan.
9.2 Kalendar aktiviti bagi permohonan Kursus Persediaan adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan semasa. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari masa ke masa pada laman web bagi mendapatkan maklumat terakhir permohonan.
Permohonan dibuka Permohonan ditutup Semakan calon dipanggil temu duga Temu duga dijalankan Semakan keputusan temu duga Pendaftaran (jangkaan)
8 Mac 2009 22 Mac 2009 15 Apr 2009
(2 April 2009 utk calon PPC) 20 Apr - 22 Mei 2009
(6-10 April 2009 utk calon PPC) 1 Julai 2009
(22 April 2009 utk calon PPC) 13 Julai 2009
(Mei/Jun akan dimaklumkan utk calon PPC)
Iklan disiarkan
pada 8 Mac 2009
(www.moe.gov.my) Pindaan permohonan dibenarkan sehingga tarikh tutup Semakan pada laman web (www.moe.gov.my) Calon menduduki Ujian Sahsiah secara bertulis semasa temu duga. Sila bawa pencil 2B dan pemadam 22 April 2009 bagi calon mohon PPC
1 Julai 2009 bagi calon lain.
Semakan pada laman web (www.moe.gov.my) Calon yang berjaya melapor diri di Kolej/Institut Pendidikan Guru Malaysia
Catatan:
Sila ambil maklum dan cetak kalendar aktiviti ini untuk simpanan dan rujukan anda.
Tarikh tersebut di atas adalah sebagai panduan dan tertakluk kepada perubahan. _________________ 能为学生付出爱心就是老师的福气!
Lulusan SPM yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk menceburi profesion keguruan sebagai guru sekolah di Malaysia adalah dipelawa untuk mengikuti salah satu program yang tersebut di bawah:
1. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC).
2. Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP)
3. Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ)
4. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
1.0 SYARAT DAN KELAYAKAN UMUM
Calon-calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan umum seperti berikut:
1.1 Warganegara Malaysia.
1.2 Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Julai 2009 iaitu lahir pada atau selepas 1 Julai 1989.
1.3 Mempunyai kelayakan akademik dengan mendapat sekurang-kurangnya enam kepujian di peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik atau Matematik Tambahan
d. Sejarah
e. Fizik atau Kimia atau Biologi atau
Pengajian Kejuruteraan Awam atau
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau
Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau
Sains atau Sains Tambahan, dan
f. Satu mata pelajaran lain
1.4 Memenuhi syarat dan kelayakan khusus mengikut bidang pengajian pilihan (perenggan 2A hingga 2F) di bawah : _________________ 能为学生付出爱心就是老师的福气!
2A. PROGRAM PENGHANTARAN PELAJAR CEMERLANG (PPC) KE UNIVERSITI LUAR NEGARA
( Pengajian bagi sekolah menengah )
Syarat dan Kelayakan Khusus mengikut Bidang Pengajian Pilihan :
Bil Bidang Pilihan Syarat Kelayakan Khusus Bidang Pengajian Pilihan Gred Minimum
1 Matematik Bahasa Melayu (1103) 2A
Bahasa Inggeris (1119) 2A
Matematik (1449) 2A
Matematik Tambahan (3472) 2A
Fizik (4531) 2A
Kimia (4541) atau Biologi (4551) atau Prinsip Akaun (3756) atau
Pengajian Kejuruteraan Awam (3761) atau
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (3762) atau
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (3760) atau
Teknologi Kejuruteraan (3764) atau Lukisan Kejuruteraan (3759)
2A
Satu mata pelajaran lain 2A
2 Fizik Bahasa Melayu (1103) 2A
Bahasa Inggeris (1119) 2A
Matematik (1449) 2A
Matematik Tambahan (3472) 2A
Fizik (4531) 2A
Kimia (4541) atau Biologi (4551) atau
Pengajian Kejuruteraan Awam (3761) atau
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (3762) atau
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (3760) atau
Teknologi Kejuruteraan (3764) atau Lukisan Kejuruteraan (3759) 2A
Satu mata pelajaran lain 2A
3 Kimia Bahasa Melayu (1103) 2A
Bahasa Inggeris (1119) 2A
Matematik (1449) 2A
Matematik Tambahan (3472) 2A
Kimia (4541) 2A
Biologi (4551) atau Fizik (4531) atau
Pengajian Kejuruteraan Awam (3761) atau
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (3762) atau
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (3760) atau
Teknologi Kejuruteraan (3764) atau Lukisan Kejuruteraan (3759) 2A
Satu mata pelajaran lain 2A
4 Biologi Bahasa Melayu (1103) 2A
Bahasa Inggeris (1119) 2A
Matematik (1449) atau Matematik Tambahan (3472) 2A
Biologi (4551) 2A
Kimia (4541) atau Fizik (4531) atau
Pengajian Kejuruteraan Awam (3761) atau
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (3762) atau
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (3760) atau
Teknologi Kejuruteraan (3764) atau Lukisan Kejuruteraan (3759) 2A
Dua mata pelajaran lain 2A
5 Pendidikan Khas
1. Clinical Speech Therapy
2. Occupational Health Therapy
3. Audiology
4. Clinical Psychology Bahasa Melayu (1103) 2A
Bahasa Inggeris (1119) 2A
Matematik (1449) atau Matematik Tambahan (3472) 2A
Biologi (4551) 2A
Kimia (4541) atau Fizik (4531) atau
Pengajian Kejuruteraan Awam (3761) atau
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (3762) atau
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (3760) atau
Teknologi Kejuruteraan (3764) atau Lukisan Kejuruteraan (3759) 2A
Dua mata pelajaran lain 2A
2B. PROGRAM KEMBAR BAHASA PERANCIS
(Pengajian bagi sekolah menengah)
Syarat dan Kelayakan Khusus mengikut Bidang Pengajian Pilihan :
Bil Bidang Pilihan Syarat Kelayakan Khusus Bidang Pengajian Pilihan Gred Minimum
1 Bahasa Perancis
Pengajian Sekolah Menengah di Universiti Negara Perancis
Bahasa Melayu (1103) 3B
Bahasa Inggeris (1119) 2A
Matematik (1449) atau Matematik Tambahan (3472) 3B
Fizik (4531) atau Kimia (4541) atau Biologi (4551) atau
Sains (1511) atau Sains Tambahan (4561) atau
Pengajian Kejuruteraan Awam (3761) atau
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (3762) atau
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (3760) atau
Teknologi Kejuruteraan (3764) atau Lukisan Kejuruteraan (3759) 3B
Satu mata pelajaran lain 3B
Memiliki sijil kompetensi Bahasa Perancis. DELF 1
Catatan :
Kursus ini akan ditawarkan kepada calon yang boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Perancis dan memperoleh DELF 1 sahaja.
DELF - Diplome D'Etudes De Langue Francaise
2C. PROGRAM KEMBAR BAHASA JERMAN
(Pengajian Bagi Sekolah Menengah)
Syarat dan Kelayakan Khusus mengikut Bidang Pilihan :
Bil Bidang Pilihan Syarat Kelayakan Khusus Bidang Pengajian Pilihan Gred Minimum
1 Bahasa Jerman
Pengajian Sekolah Menengah di Universiti Negara Jerman
Bahasa Melayu (1103) 3B
Bahasa Inggeris (1119) 2A
Matematik (1449) atau Matematik Tambahan (3472) 3B
Fizik (4531) atau Kimia (4541) atau Biologi (4551) atau
Sains (1511) atau Sains Tambahan (4561) atau
Pengajian Kejuruteraan Awam (3761) atau
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (3762) atau
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (3760) atau
Teknologi Kejuruteraan (3764) atau Lukisan Kejuruteraan (3759) 3B
Satu mata pelajaran lain 3B
Catatan :
Kursus ini ditawarkan kepada calon yang boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman dan telah menduduki ujian kompetensi Bahasa Jerman sahaja. _________________ 能为学生付出爱心就是老师的福气!
2D. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
(Pengajian bagi sekolah rendah)
Program ini menawarkan kursus keguruan bagi keperluan sekolah rendah untuk sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru yang bakal dilahirkan diharapkan sebagai guru serba boleh yang mampu mengajar pelbagai mata pelajaran. Kursus yang ditawarkan mengandungi tiga komponen mata pelajaran bagi menampung keperluan guru terlatih di sekolah rendah di seluruh negara.
Calon-calon yang memohon perlu memenuhi syarat-syarat umum seperti yang dinyatakan dan juga syarat-syarat khusus mengikut bidang pengajian pilihan seperti yang disebut di bawah.
Calon hendaklah mempunyai kelayakan akademik asas dengan mendapat sekurang-kurangnya enam kepujian di peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
a. Bahasa Melayu (1103)
b. Bahasa Inggeris (1119)
c. Matematik (1449) atau Matematik Tambahan (3472)
d. Sejarah (1249)
e. Fizik (4531) atau Kimia (4541) atau Biologi (4551) atau
Pengajian Kejuruteraan Awam (3761) atau
Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (3762) atau
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (3760) atau
Teknologi Kejuruteraan (3764) atau Lukisan Kejuruteraan (3759) atau
Sains (1511) atau Sains Tambahan (4561), dan
f. Satu mata pelajaran lain
Serta memenuhi syarat dan kelayakan khusus mengikut Bidang Pilihan yang dipohon seperti disenaraikan di bawah.