Isu Kaunseling Di Malaysia

做学问是件乐事,欢迎各位投入各课题研究工作。

版主: shaoshi

回复
豪坤
Site Admin
帖子: 2805
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

Menurut Nordin Kardi dan Mohamed Fadzil Che Din (2000) antara isu profesional dan etika yang berbangkit apabila kita membincangkan mengenai pelaksanaan kaunseling di tempat kerja atau organisasi adalah seperti berikut:

 Kecekapan dan latihan berkaitan kaunseling.
 Kaunseling pelbagai budaya.
 Amalan kaunseling di sekolah rendah atau pra-sekolah.
 Amalan kaunseling di tempat kerja.
 Penyeliaan dan konsultasi.
 Perkahwinan dan terapi keluarga.
 Gerak kerja kelompok.
 Kelompok populasi yang istimewa atau khusus.

Dato’ Dr. Nordin b. Kardin, K.B., P.A. (Mal) dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PERKAMA baru-baru ini telah menyentuh isu profesionalisme kaunseling.


Beliau menyatakan bahawa seorang kaunselor yang profesional perlu memenuhi tiga kriteria berikut :
 Mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor.
 Berdaftar sebagai seorang Kaunselor Berdaftar.
 Melaksanakan tugas dan tanggungjawab berlandaskan Kod Etika Kaunselor.
Di Malaysia isu profesionalisme kaunseling yang hangat dibincangkan adalah berkaitan kelayakan seseorang yang dinamakan kaunselor. Perkara ini menjadi rumit apabila menurut Profesor Datok Awang Had Salleh (Musa Hitam:1980) menggulas Menteri Pelajaran menyatakan bahawa kira-kira 1000 orang kaunselor diperlukan untuk sekolah-sekolah. Persoalan timbul di sini adakah mereka yang dipilih ini dengan sekelip mata akan menjadi kaunselor yang profesional?

Bayangkan adakah kementerian pendidikan mampu melatih guru-gurunya dengan cara seminar atau bengkel sehari dua, Kursus Dalam Perkhidmatan 14 minggu atau setahun dan sebagainya? Keadaan ini menjadi bahan jenaka apabila seorang bakal Kaunselor Berdaftar (KB) dan penerima Perakuan Amalan (PA) disyaratkan sekurang-kurangnya harus mempunyai kelayakan diploma dalam bidang kaunseling dan diselia serta dinilai dalam masa tidak kurang daripada 1000 jam.

Golongan yang tidak diiktiraf untuk mengamalkan amalan kaunseling sering kali menimbulkan pelbagai isu negatif kepada masyarakat. Ini adalah kerana mereka tidak terikat dengan keperluan kriteria seperti mana yang ditetapkan oleh seorang kaunselor KB,PA.

Menurut Amir Awang (1984), kriteria yang perlu adalah seperti berikut:
 Bidang ilmu yang harus dipunyai.
 Bidang kemahiran yang harus dikuasai.
 Tahap atau peringkat ilmu dan kemahiran yang harus dicapai.
 Sifat-sifat sahsiah atau personaliti yang harus ada.
 Tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan.

Perkara ini sangat segan dibincangkan kerana pada masa kini golongan gurulah yang terbanyak menggelar dirinya sebagai kaunselor dan boleh dikatakan hampir semua daripada mereka tidak berdaftar dibawah Lembaga Kaunselor Malaysia serta tiada Perakuan Amalan. Ini telah menjadi suatu isu yang besar di Malaysia kerana kekaburan serta tiada kuat kuasa undang-undang dalam membasmi gejala yang tidak sihat ini. Tepuk dada tanya selera, adakah anda sudi jikalau dibedah oleh seorang yang kononnya menggelar dirinya sebagai doktor perubatan di mana pada hakikatnya tiada sebarang kelayakan yang diiktiraf ?

Masyarakat kini sering terperdaya dengan perkhidmatan kaunseling yang tidak sah atau tidak diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. Kekaburan orang awam terhadap profesionalisme kaunseling ini telah menimbulkan pelbagai isu seperti kerahsiaan, penipuan, jenayah, keganasan, penderaan, gangguan seks dan lain-lain. Kini sebarang pertubuhan boleh memberi kenyataan bahawa mereka menawarkan perkhidmatan kaunseling atas pendaftarannya dalam lesen perniagaan atau permit pertubuhan. Ini boleh dibuktikan dengan keadaan dimana tokong, kuil, gereja dan badan-badan tertentu yang bangga dengan perkhidmatan kaunseling yang diberi oleh mereka.

Mereka inilah yang berdosa besar kepada dilema perkhidmatan kaunseling profesional. Tanpa permit pengakuan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia, maka profesonalisme dan etika seseorang yang memberikan perkhidmatan kaunseling kepada orang awam adalah dicurigakan serta tidak sah. Organisasi seperti mana ini harus diambil tindakan undang-undang dengan segera supaya orang awam tidak lagi menjadi mangsa. Organisasi yang berkenaan juga harus sedar bahawa mereka sedang mengamalkan kerja-kerja kebajikan dan sosial serta menggunakan teknik perbincangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan bukannya seperti apa yang diamalkan oleh seseorang kaunselor K.B.,P.A.

Namun tidak dapat dinafikan bahawa terdapat golongan yang tidak berdaftar dengan Lembaga Kaunseling Malaysia dan tidak memiliki Perakuan Amalan mempunyai skill yang tinggi dalam usaha mengamalkan amalan kaunseling. Isu ini timbul disebabkan pelaksanaan Akta Kaunselor 1998 pada baru-baru ini. Menurut Ibrahim Ahmad (2001), perkhidmatan bimbingan mula diperkenalkan dalam sistem persekolahan negara sekitar tahun 1960-an. Pada masa ketika itu masyarakat mula sedar akan kepentingan perkhidmatan kaunseling dan mula menubuhkan pelbagai badan yang berkaitan dengan perkhidmatan kaunseling.

Golongan veteran ini sebenarnya menjadi mangsa Akta Kaunselor 1998 dimana pengiktirafan mereka tidak dapat dibukti atas perkhidmatan yang telah diberikan. Akta Kaunselor 1998 yang begitu pentingkan kelayakan akademik dalam bidang kaunseling selalu menjadi pintu penghalang bagi golongan yang mengamalkan amalan kaunseling. Tanpa saluran kedua untuk mengiktirafkan golongan ini, maka timbullah isu kaunselor tidak berdaftar tetapi mempunyai skill.

Senarai kelayakan akademik yang boleh didaftarkan sebagai seorang kaunselor K.B.,P.A. dalam Akta Kaunselor 1998 begitu menghampakan golongan yang memiliki kelayakan akademik tetapi bukan dari senarai kelayakan institusi yang layak berdaftar seperti ijazah bidang kaunseling dari negara Taiwan, China, dan lain-lain. Sangat lucu di sini kerana akta ini hanya mengagong-agongkan institusi tempatan yang mana baru sahaja berada dalam titik permulaan pendidikan kaunseling. Melalui Akta Kaunselor 1998 yang tidak memihak golongan profesional ini, maka timbul pula isu kewibawaan dan keboleh percayaan Lembaga Kaunselor Malaysia di kalangan masyarakat.
Dalam sesi temu ramah dengan En. Lee Chee Xiang K.B.,P.A.(Mal) beliau menyatakan bahawa sehingga kini hanya terdapat kira-kira 492 orang yang berdaftar sebagai kaunselor berdaftar di Lembaga Kaunselor Malaysia dan bilangan pemegang Perakuan Amalan dalam golongan ini masih kurang memuaskan.Kebanyakan kaunselor pemegang K.B.,P.A. sekarang berkhidmat dalam agensi kerajaaan seperti Kementerian Pendidikan, Kesihatan, Kebajikan dan lain-lain. Dengan pemegang K.B.,P.A. yang begitu sedikit berbanding dengan permintaan orang awam yang tinggi, maka tidak hairan isu ini diambil kesempatan oleh segelintir golongan yang tiada K.B.,P.A. dalam usaha mendapatkan sesuatu yang mereka perlu.

Tiada sesiapa pun di dunia dapat menafikan kegunaan dan kepentingan wang ringgit dalam tujuan memenuhi keperluan seseorang serta nikmat seks yang begitu segan dibahaskan, keadaan ini selalu menyebabkan berlaku pelbagai kes pecah amanah pada para pemegang K.B.,P.A..Isu seperti menggunakan kemahiran yang ada bagi tujuan membina hubungan untuk mendapatkan hubungan seks dengan klien, memujuk klien dalam kerja “direct sales”, menggalakkan klien menyertai sesuatu “course” dan asyik merujuk klien kepada psikiatri dalam usaha mendapat komisen. Isu penyelidikan seperti menggunakan kes klien dalam penyelidikan dan menerbit buku tanpa persetujuan dari klien , dan lain-lain. Kesemua isu ini menjadikan profesion kaunselor mengalami dilema yang begitu teruk sekali. Pelbagai usaha telah diambil oleh Lembaga Kaunselor Malaysia seperti menubuhkan jawatankuasa penyeliaan, pemantauan, perundangan, dan lain-lain bagi tujuan kawalan mutu perkhidmatan serta menyekat gejala negatif di antara ahlinya.

Isu silang budaya juga tidak dapat dielakkan oleh masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum di mana masing-masing mempunyai agama, budaya, adat resam dan kepercayaan yang tersendiri. Keadaan ini secara tidak langsung akan menimbulkan isu penerapan konsep pandangan atau nilai kaunselor kepada klien. Masalah silang budaya ini akan menyebabkan klien tidak sudi serta memutuskan sesi perjumpaan yang akan datang.

Contohnya klien yang mengamalkan perhubungan homoseksual, klien cacat pendengaran, penglihatan, anggota dan lain-lain, golongan ini sehingga kini belum mendapat penawaran khidmat kaunseling yang boleh dikatakan profesional. Perkara ini berlaku kerana pada Akta Kaunselor 1998 yang memberi peluang pendaftaran kepada sesiapa pun atas kelayakan diploma bidang kaunseling. Ini sangat berbeza dengan negara barat yang begitu mementingkan kemahiran profesionalisme sehingga hanya pemegang ijazah saujana muda atau “master” sahaja dibenarkan untuk mendaftar diri sebagai seorang kaunselor.

Lembaga Kaunselor Malaysia harus mengambil inisiatif dalam usaha memantau, melatih dan memberikan status pengiktifran kepada organisasi yang tidak berdaftar. Lembaga harus mengetepikan isu silang budaya dan menerima hakikat bahawa organisasi berkenaan telah lama berkhidmat dalam bidang kaunseling. Penghormatan sepatutnya diberi kepada golongan perimtis dan veteran ini atas jasa mereka dalam perkembangan sejarah kaunseling Malaysia.

Pelbagai isu profesional dan etika berbangkit akibat daripada kelayakan kaunselor, kaunselor K.B.,P.A., silang budaya, Akta Kaunselor 1998 dan lain-lain. Maka adalah penting supaya beberapa langkah diambil untuk mengurangkan ralat keberkesanan pelaksanaan kaunseling. Contohnya menguatkuasa dan mengubal Akta Kaunselor 1998 bagi kesesuaian zaman sekarang.

Masyarakat juga harus peka terhadap kesahihan perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan, ini menjadi tanggungjawab Lembaga Kaunselor Malaysia dalam usaha mempromosikan dan menerangkan perkhidmatannya kepada orang awam. Lembaga juga harus berbuka minda agar tidak mengamalkan “prinsip tutup pintu” dalam usaha menjaga dan memperkembangkan bidang perkhidmatan kaunseling di negara ini masih dikategorikan begitu mentah sekali.

Dengan adanya maklumat yang lengkap berkaitan perkhidmatan kaunseling dan pengamalnya serta dibantu oleh penguatkuasa undang-undang, maka dipercayai bahawa isu-isu profesional dan etika dalam pelaksanaan kaunseling di tempat kerja atau organisasi dapat dikurang pada tahap minima.
老许
帖子: 127
注册时间: 11-03-07 周日 12:15 pm
来自: 嘉阳

Gemilang sedang mengusahakan sebuah buku bertajuk " Kes Kaunseling Negeri Johor " bagi persidangan kaunseling malaysia cawangan johor.

Mudah-mudahan buku tersebut berguna dan dapat membantu guru-guru kaunseling kita dalam menangani masalah-masalah displin sekolah.

sekiranya tuan berminat, diminta berhubung dengan kami di [email protected] atau melalui tel 03-62503396 bercakap dengan Cik Cheong.

salam muhibah
豪坤
Site Admin
帖子: 2805
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

谢谢告知,我会联络他的。
小麻烦
帖子: 114
注册时间: 09-06-08 周一 6:41 pm
来自: 马来西亚

拥有特殊教育背景或知识的辅导人员在马来西亚应该不多吧!!??
豪坤
Site Admin
帖子: 2805
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

小麻烦 写道:拥有特殊教育背景或知识的辅导人员在马来西亚应该不多吧!!??
不会,因为 multiculture 属必修课之一,他们会对不同背景的人士,有一定程度的人士,例如特殊人士、少数民族等。但从事这领域的执业辅导员的确不多。

如当事人想往特殊需要辅导领域房展,他就会选择深入其特性,因为在国外,辅导老师也会负责 pemulihan 工作。

counselor 有自己专属的领域,例如 rehabilitation, clinical, family and marriage, guidance and career, mental health, substance abuse, school 等。
回复

回到 “法情研究所”