Komponen Penting Dalam Latihan Kaunselor Di Malaysia

做学问是件乐事,欢迎各位投入各课题研究工作。

版主: shaoshi

回复
豪坤
Site Admin
帖子: 2805
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

Komponen Penting Dalam Latihan Kaunselor Di Malaysia

PENGENALAN

Menurut Mark Pope, Muhaini Musa, Hemla Singaravelu, Tammy Bringaze dan Martha Russell (2002), Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan kesemua sekolah terutama sekolah menengah patut mempunyai guru panduan masing-masing (Guidance Teachers) pada tahun 1963. Peristiwa ini merupakan perintis kepada perkembangan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di negara ini.

Pada tahun 1960an, ia lebih menintikberatkan kepada panduan kerjaya dan pelajaran di sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993). Namun Laporan Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah memperkembangkan lagi perkhidmatan ini dengan menyatakan:

Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja.

Pada hari ini, Akta 580 atau Akta Kaunselor 1998 telah sekali lagi membuktikan kepentingan perkhihdmatan bimbingan dan kaunseling di negara ini. Bilangan Kaunselor Berdaftar dan Perakuan Amalan telah mencapai 1746 orang (Lembaga Kaunselor Malaysia, 2010). Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menetapkan nisbah 1 kaunselor untuk 500 orang pelajar di setiap sekolah. Jawatan Pegawai Kaunseling Psikologi yang setaraf dengan Pegawai Psikologi Klinikal dan Pegawai Psikologi juga telah diwujudkan di institusi kerajaan (Othman Mohamed, 2008).

Dari peristiwa atas, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling semakin mengambil tempat di negara kita, tetapi tanpa komponen latihan kaunselor yang efektif, adalah mustahil bahawa kerjaya ini boleh terus berkembang maju.

详文请参阅:http://faqing.org/hawkuen/latihan.pdf
回复

回到 “法情研究所”