小学童军的课程纲要

小童军,大本事!

版主: franklin杨杨

豪坤
Site Admin
帖子: 2807
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

图片

LENCANA KEPANDAIAN
7.0



1.Selain daripada lencana yang disebutkan dalam fasal 1.0, 2.0 dan 3.0, beberapa Lencana Kepandaian ada juga ditetapkan mengikut peraturan yang tertentu.



2.Cara Memakai :

Lencana kepandaian ini dipakai di atas lengan baju di sebelah kiri dan kanan di bahagian ruang segi di antara bahu dengan siku seperti ditunjukkan di atas.
豪坤
Site Admin
帖子: 2807
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

图片

Ahli Renang
(Wajib)

7.3



1.Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori)



2.Menunjukcara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada penilai / pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teori).



ATAU



Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan dilulut / tangan di atas kepala; Gerakan tangan, tendang rejang, meniarap, rangkaian meniarap (teori).



3.Cara junam, terjun kaki lurus / junam depan layang (teori).



4.Cara gerakan kaki, gerakan tangan, kordinasi tangan kaki, kuak dada. (teori)



5.Berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 30 meter dengan berpakaian seragam Pengakap Kanak-kanak yang lengkap. (di dalam air aras pinggang)



6.Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroom Float). Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terlentang, dengan berbagai cara / gaya biasa. Bila sampai separuh jalan ke jalan yang di tuju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama.
豪坤
Site Admin
帖子: 2807
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

图片

Penunggang Basikal
(Wajib)

7.4



Lakukan Semua Bahagian


1.Berinteraksi dengan penilai mengenal undang-undang jalan raya dan peraturan berbasikal.



2.Mengetahui dan menyatakan kepada penilai 10 peraturan semasa menunggang basikal.



3.Menunjukcara memberikan isyarat tangan semasa berbasikal.



4.Menyebutkan 10 perkara yang telah ditetapkan yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.



5.Menyatakan 4 undang-undang jalanraya semasa berbasikal.



6.Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil, membubuh gris pada tempat yang perlu. Menjaga kebersihan basikal berikhtiar menukar lampu basikal yang rosak, menukar getah brek dan mengetahui nama bahagian basikal. (mengikut kemampuan umur / pengalaman.)



7.Mengetahui sekurang-kurang 10 isyarat jalan raya seperti : Berhenti di simpang jalan, kenderaan jenis ini dilarang masuk, lampu isyarat di hadapan, lorong basikal sahaja, lampu isyarat di hadapan, lampu merah (berhenti), lampu kuning (sedia), lampu hijau (jalan), Ikut arah jalan, hospital, telefon awam.



8.Boleh menggunakan basikal bila-bila masa. Tinggi basikal itu hendaklah sepadan dengan dirinya.



9.Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh penilai / pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalan raya bagi penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalan raya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan sempang, bulatan dan lintasan pejalan kaki.
豪坤
Site Admin
帖子: 2807
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

图片

Ahli Koleksi Hobi
(Kegemaran)

7.5



Memungut dan mengumpulkan benda-benda sebagai hobinya dan menyimpan dengan kemas dan tersusun dalam tempoh sekurang-sekurangnya 3 bulan serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai koleksinya.



Koleksi hobinya itu hendaklah pilihan Pengakap Kanak-kanak sendiri (bukan dicadangkan oleh pemimpinnya) Pilih satu hobi dibawah ini :



1.Lima jenis setem Malaysia yang berlatarkan tema:

*Pertabalan D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Agong / Sultan.

*Perlantikan T.Y.T. Negeri.



2.Berbagai tumbuhan, bunga, haiwan / binatang, sejarah, sukan, pembangunan, buah-buahan dan lain-lain.



3.Sampul surat keluaran Hari Pertama Jabatan Pos (sekurang-kurangnya 20 jenis)



4.Berbagai bentuk pensil dan logonya (sekurang-kurangnya 20 jenis)



5.Berbagai daun dan bunga yang sudah dikeringkan (sekurang-kurangnya 20 jenis)



6.Berbagai contoh batu batan (sekurang-kurangnya 20 jenis)



7.Berbagai bentuk botol dan penutup botol (sekurang-kurangnya 20 jenis)



8.Rupa mata wang asing sama ada kertas / syiling (sekurang-kurangnya 20 jenis)



9.Kotak korek api (mancis) berbagai logo (sekurang-kurangnya 20 jenis)



10.Rantai kunci (key Chain) berbagai jenis (sekurang-kurangnya 20 jenis)



11.Lencana-lencana Pengakap seperti Lencana Perhimpunan, Korobori, Jambori dan koleksi lencana pengakap antarabangsa dan lain-lain.



Perhatian : Koleksi daun / bunga-bunga dibenarkan dengan menggunakan kertas arang (karbon) atau pengambilan gambar dengan kamera sendiri.

 

12.Menyediakan sebuah buku (buku hobi) sekurang-kurangnya 25 muka menyatakan perkembangan koleksi hobinya (sekurang-kurangnya dalam tempoh 3 bulan).
豪坤
Site Admin
帖子: 2807
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

图片

Ahli Kraftangan
(Kegemaran)

7.6



1.Mengetahui asas kraf tradisional : anyaman kelarai mata bilis, kelarai siku keluang, (Pelajaran anyaman ini boleh diubah sesuaikan mengikut keadaan dengan alam persekitaran kanak-kanak sendiri). Tahu bagaimana membuat simpai (woggle) dari bahan yang ditentukan :



Kulit, buluh, kain sulaman, tali nailon (nylon string), plastik dan lain-lain.Satu hendaklah dibuat untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada teman sebaya atau kepada adik yang baru.



2.Mengetahui dan membuat Penanda Buku selain dari bahan logam (tin), rnembuatnya dari bahan kulit, kawat, plastik, dan daun. Penanda Buku ini hendaklah direka dengan berbagai bentuk yang menarik dengan hiasan warna, mungkin ditulis dengan kata-kata hikmat. Membuat satu untuk kegunaan sendiri dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada rakan sebaya atau kepada seseorang yang dikasihi.



3.Membuat satu atau dua benda yang boleh digunakan di rumah dan fikirkan munasabah yang diperbuat dari bahan buluh, rotan, kawat, logam, tempurung kelapa dan lain-lain yang difikirkan perlu memilikinya.



4.Membuat rekaan dari kertas :



a.rekaan untuk kegunaan sehari-hari seperti sampul surat, beg, buku dan lain-lain.



b.rekaan binaan seperti topeng sarung kepala,keluarga "Mowgli".





c.rekaan alat permainan seperti buat kapal dari kertas, burung ajaib (fantasi) dan lain-lain.



5.Memperkenalkan kraf tradisional melalui anyaman dari daun kelapa, pandan atau rafia.Buat SATU daripada berikut :



Ketupat, tikar, mata corak jelujur, hiasan dinding.
周碧香
帖子: 1033
注册时间: 03-08-05 周三 11:59 pm
来自: BP

请问是否有中文版本??
豪坤
Site Admin
帖子: 2807
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

其实一般我们都会用国语作为媒介,如强调中文恐怕学生上了中学无法适应,还有以前做好了的童军笔记(BUKU LOG)也不能再被重用。

其实国语为媒介问题不大,老师只要多加以解释孩子就明白了。
豪坤
Site Admin
帖子: 2807
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

图片

Peladang Kecil
(Kegemaran)

7.7

 

Lakukan ENAM sahaja.



1.Menunjuk cara menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas yang telah disediakan.



2.Menyedia batas yang berukuran 8 x 3 x 1 kaki untuk di tanam sayur-sayuran dari tapak semaian. Ambil kira cara membaja semasa penyediaan batas.



3.Menunjukcara menjaga tanaman dari jenis sayuran / keratan / raizom yang telah ditanam di atas batas dan ambil kira cara membaja semasa pokok sedang ditanam.



4.Mengetahui dan menunjukkan (kepada Penilai) bagaimana membuat junjung untuk tanaman sayur jenis pokok yang memanjat seperti pokok timun, kacang panjang dan lain-lain.



5.Tunjukkan (Kepada Pemimpin / Penilai) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam / menjaga pokok pisang, betik, atau pokok buah-buahan yang bermusim sama ada yang ditanam sendiri atau oleh ibu / bapa / ahli keluarga sendiri.



6.Menunjukkan (kepada Penilai / Pemeriksa) yang Pengakap Kanak-kanak ada menanam pokok-pokok tanaman yang berubi di dalam tanah seperti ubi keledek, kacang tanah dan sebagainya dengan subur.



7.Memelihara / membela dengan jayanya sekurang-kurangnya 10 ekor anak ayam sebagai ternakan asas.



ATAU


Memelihara sekurang-kurangnya 10 ekor ikan air tawar di kolam sama ada di sekolah atau di rumah dengan usahasama rakan sebaya dari kumpulan enam sekawan atau bersendirian.



8.Menunjukkan bahawa Pengakap Kanak-kanak telah membantu dan membela haiwan ternakan.


9.Tunjukkan Buku Log mengenai catatan ceramah yang Pengakap Kanak-kanak terima dari Pegawai Pertanian atau Guru Sains Pertanian yang progamnya telah diatur oleh Pemimpin sendiri.



9.1 Musuh tanaman dan pembajaan yang sesuai



9.2 Kesuburan tanah



9.3 Cara menanam sayuran sebelum ditanam dan cara mengalih anak semaian ke batas.



9.4 Saiz petak / batas mengikut peraturan yang tertentu.



9.5 Cara pemeliharaan sayur-sayuran dari mula bercambah hingga mendatangkan daun atau buah.



10.Menunjukkan Buku Log mengenai ceramah yang diterima daripada Pegawai Hutan atau Guru Sains Pertanian mengenai program yang telah diatur oleh Pemimpin sendiri:



10.1 Pemeliharaan / Pembelaan baka ternakan yang hendak dipelihara.



10.2 Pemeliharaan binatang belaan semasa kecil (anak-anak) seperti pemberian makanan dan pencegahan penyakit.
wangni
帖子: 527
注册时间: 08-09-05 周四 11:26 pm
来自: 柔佛
联系:

有童军的来历故事吗?今年第一年带童军有些紧张…
豪坤
Site Admin
帖子: 2807
注册时间: 28-07-05 周四 3:23 pm
来自: 饭桶
联系:

有,你想要马来西亚还是世界的?
回复

回到 “童军小本营”