Seminar Pendidikan Guru 2010

IPG Kampus Darulaman

Moderators: 容淑维, *小周, 小周

*小周
Posts: 2822
Joined: 24-07-09 Fri 11:44 am
Location: 农林园

Bengkel 8

Tajuk:
Guru permulaan meletakkan harapan yang tinggi terhadap pihak pemimpin/pentadbir agar mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yang bahari.
Bincangkan hasrat guru-guru permulaan dalam konteks ini.


Image

杏坛新兵(尤其是KPLI毕业生)希望校方莫对他们的期望过高,让他们有充足的时间逐渐适应教学工作,别刚报到就委派艰巨的任务(执教考试班或带队参加比赛)。此外他们也希望校方别总是派资深教师参加课程,其实他们更需要在职培训。
*小周
Posts: 2822
Joined: 24-07-09 Fri 11:44 am
Location: 农林园

Bengkel 9

Tajuk:
Isu penempatan guru pelatih sering diperkatakan oleh pelbagai pihak. Kemukakan pendekatan yang sesuai untuk memaksimumkan keberkesanan penempatan guru pelatih.

Image
*小周
Posts: 2822
Joined: 24-07-09 Fri 11:44 am
Location: 农林园

Bengkel 10

Tajuk:
Kebajikan dan keselamatan adalah aspek penting untuk memastikan kecemerlangan perkhidmatan guru pelatih.
Berikan cadangan bagaimana harapan ini dapat direalisasikan.


Image
*小周
Posts: 2822
Joined: 24-07-09 Fri 11:44 am
Location: 农林园

RUMUSAN SEMINAR PENDIDIKAN GURU 2010


Seminar Pendidikan Guru 2010 telah dianjurkan secara kerjasama antara Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG, KPM), Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman, Institut Aminuddin Baki dan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Seminar ini diadakan bagi tujuan mencapai objektif berikut:

• Mewujudkan peluang pihak berkepentingan berbincang dan berkongsi idea menyampaikan pandangan bagi meningkatkan kualiti guru permulaan.

• Mengenal pasti isu dan cabaran semasa dalam latihan kepada guru permulaan

• Berkongsi maklumat dan kepakaran bagi menangani masalah guru permulaan.

Seminar telah dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Dr. Haili Dolhan, Rektor IPG, KPM mewakili Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Beliau juga turut menyampaikan ucap utama. Tiga kertas pembentangan telah disampaikan oleh Dr Kartini Baharun, Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Guru, Dr.Ruhaya Hassan, mewakili Pengarah IAB dan Hj Ahmad Hulmi Ismail, Guru Besar SK Bandar Baru Sintok mewakili JPN Kedah.

Beberapa intipati ucap utama dan kertas pembentangan adalah seperti berikut:

• Konsep guru berjiwa pendidik dikaitkan dengan guru yang berkualiti. Hanya guru yang berkualiti dapat melahirkan murid yang berkualiti.

• Guru berjiwa pendidik perlu dilahirkan bagi menjana modal insan ke arah negara maju.

• Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting dalam membimbing dan memberi sokongan kepada guru permulaan
*小周
Posts: 2822
Joined: 24-07-09 Fri 11:44 am
Location: 农林园

Rumusan Bengkel

Isu-Isu yang dikenalpasti:

• Kebanyakan isu berkaitan dengan guru permulaan dikaitkan dengan guru lepasan KPLI. Tempoh latihan di IPG dikenalpasti sebagai punca masalah;

• Isu tentang Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) berkaitan dengan kandungan dan sistem penyampaian;

• Latihan perguruan yang kurang menyediakan calon guru dengan situasi dan budaya sekolah;

• Keupayaan dan sikap pemimpin dan guru-guru sekolah dalam membantu guru permulaan;

Cadangan

Seminar ini mencadangkan:

• Kelayakan akademik calon guru ditingkatkan di samping menekankan kepada komponen sahsiah, kreativiti, dan sumbangan;

• Calon guru KPLI perlu melalui tempoh percubaan di sekolah dalam jangka waktu tertentu. Temuduga diadakan selepas tempoh percubaan untuk menentukan kesesuaian sebelum diterima masuk ke latihan perguruan;

• Penempatan guru perlu mengikut opsyen;

• Kandungan Program Induksi disemak semula bagi menyediakan guru ke arah menangani masalah di sekolah dan usaha melahirkan guru berjiwa pendidik;

• Pemantapan kurikulum latihan perguruan dengan memberi fokus kepada aspek akademik, kemahiran dan pembentukan sahsiah yang bersesuaian bagi guru untuk menghadapi situasi sebenar di sekolah;

• Profil guru permulaan mesti dihantar di sekolah yang ditempatkan supaya pihak sekolah dapat mengenalpasti kekuatan guru untuk diberi tugas yang bersesuaian;

• Pemimpin sekolah perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta menggunakan pendekatan humanistik dalam menghadapi sikap guru permulaan;

• Pentadbir sekolah perlu mempunyai kemahiran dalam bidang pengurusan prestasi dan pembangunan sumber manusia;

• Modul orientasi, sosialisasi dan asimilasi di peringkat sekolah perlu diperkenalkan bagi membantu guru permulaan;

• Guru Besar/Guru berpengalaman berperanan sebagai guru pendamping;

• Pemantauan berterusan dalam aspek pengajaran dan pembelajaran serta kebajikan guru oleh pihak PPD dan JPN; dan

• Memperbanyak dan mempelbagaikan penganjuran seminar dan perbincangan profesional dalam kalangan pihak berkepentingan berdasarkan penyaluran maklumat dari peringkat bawah demi meningkatkan kualiti guru permulaan.
Post Reply

Return to “毅达师范学院”