Posted: 13-11-19 Wed 8:12 pm
2. Istilah Siswa Guru
Dahulu, istilah yang digunakan untuk merujuk kepada individu yang sedang menjalani latihan perguruan di IPG dipanggil Guru Pelatih, Siswa Pendidik. Kini, istilah yang digunakan ialah Siswa Guru.
NAMUN, penggunaan istilah ini TIDAK WAJIB DIGUNA PAKAI yang mana telah dinyatakan sendiri iaitu Mengikut Akta 174, tiada istilah siswa pendidik atau guru pelatih bagi pelajar yang mengikuti program/kursus pra perkhidmatan di IPG. Istilah yang digunakan adalah “Pelajar”. (Rujuk Tafsiran per: 2) Akta 174. Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 ( Sebagai mana pada 1 Jun 2019)
3. Syarat Kelayakan Kemasukan ke PISMP
Semasa saya memohon IPG dahulu (2014), syarat kelayakan adalah hanya DUA mata pelajaran yang perlu mendapat gred kepujian, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah di samping minimum mendapat 5A dalam SPM.
Kini, salah satu syarat kemasukan ke IPG ialah calon mestilah sekurang-kurangnya mendapat gred kepujian (C) dalam SPM iaitu bagi TIGA mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan Bahasa Inggeris.
4. Bilangan IPG
Tidak ada berlaku pengurangan IPG yang mana 27 IPG masih menjalankan fungsinya sebagai pusat latihan untuk bakal guru dan guru menjalani latihan perguruan.
5. 1 Tahun, 3 Semester pengajian
Perkara ini adalah berdasarkan surat edaran daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia kepada semua pengarah IPG seluruh Malaysia bertarikh 11 Oktober 2019.
Dahulu, 1 tahun hanyalah 2 semester sahaja iaitu merangkumi Semester 1 (Januari hingga Mei) dan Semester 2 (Jun hingga November).
Mulai tahun 2020, pengajian di IPG dipecahkan kepada TIGA SEMESTER dalam setahun iaitu Semester 1 bermula pada bulan Januari hingga Mei, Semester 2 bermula pada bulan Jun hingga Oktober dan Semester 3 bermula pada bulan November hingga Disember.
Januari - Mei
Jun - Oktober
November - Disember
Pembaharuan ini dilaksanakan disebabkan Dasar Cuti Rehat Tahunan Pensyarah yang juga akan dilaksanakan bermula pada Januari 2020.
Ini bermakna, keseluruhan semester pengajian adalah sebanyak 15 semester bagi 1 tahun (PPISMP) dan 4 tahun (PISMP) bagi pelajar mulai PISMP Ambilan Jun 2021. Tempoh pengajian adalah tertakluk kepada kredit bergaduat yg ditetapkan.
Bagi Ambilan PISMP Jun 2020: 2 semester (PPISMP ) 12 semester (PISMP)
Bagi Ambilan PPISMP Jun 2021: 3 semester (PPISMP) 12 semester (PISMP)