Posted: 13-09-08 Sat 3:42 pm
以下是我一位印裔朋友发给我的电邮,他是RTM 1的前新闻播报员和新闻评述员,现在是Radio 24的成员.Utahya 热爱国语,因为他认为自己是印裔马来西亚公民,国语是属于马来西亚人的语言,不是马来人的专用语.且看他的努力.
Kenyataan Akhbar Bersama antara Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF) dan Kumpulan Sasterawan Kavyan (KAVYAN)
Pertubuhan-pertubuhan penulis Malaysia mendukung tanggungjawab dan amat peka kepada isu-isu perpaduan bangsa dan negara. Kami memandang berat terhadap segala ucapan dan tindakan yang berkaitan keutuhan negara kita.
1. Kesan penjajahan memecah-belahkan penduduk pelbagai kaum di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan. Semua rakyat tanpa mengira kaum dan asal-usul mereka wajib bekerjasama dengan erat, dan berusaha untuk memperjuangkan masa depan tanah air yang cemerlang.
2. Semua rakyat Malaysia mencintai keamanan dan ingin melahirkan negara yang bersatu-padu, harmoni dan muhibah. Kita harus menjadikan sejarah sebagai iktibar dan menumpukan perhatian kepada pembangunan dan kemajuan masa kini dan masa depan. Oleh itu, kami menentang habis-habisan sebarang ucapan dan tindakan yang memecah-belahkan perpaduan, serta menyeru seluruh masyarakat Malaysia supaya tidak dipengaruhi dan dihasut oleh segelintir orang yang tidak bertanggungjawab.
3. Dalam era globalisasi, Malaysia hendaklah menunpukan perhatian dalam bidang pembangunan sosio-ekonomi yang adil dan saksama, berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat serta meningkatkan usaha menyatupadukan rakyat.
4. Berusaha mengembangkan proses keharmonian Bangsa Malaysia kepada masyarakat umum. Sekiranya timbul sebarang salah faham atau persengketaan antara rakyat, maka kita akan menyelesaikannya atas semangat permuafakatan berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara.
5. Bangsa Malaysia secara umumnya masih perlu mencapai persefahaman dalam tafsiran sejarah negara. Maka GAPENA, PERSPEKTIF dan KAVYAN mencapai persetujuan untuk menganjurkan Seminar Sejarah Nasional Malaysia. Tujuannya adalah untuk melahirkan perpaduan Bangsa Malaysia atas fakta ejarah negara yang benar dan mantap.
Rumah Gapena, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur
13 September 2008
Ditandatangani:
Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein
Ketua Satu GAPENA
Tel: 019-2241164
Goh Hin San
Presiden PERSPEKTIF
Tel: 019-2287234
Uthaya Sankar SB
Presiden KAVYAN
Tel: 012-3368142