职场性骚扰
Posted: 13-02-07 Tue 8:47 pm
1.Gangguan Secara Lisan
Penggunaan bahasa lucah melalui perbualan,bercerita,berjenaka, membuat bunyi-bunyi, memberi kritikan,komen,pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan,pakaian, tingkah laku,tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga anda berasa tersinggung,terhina atau terugut untuk berurusan dengan orang yang berkenaan.
2.Gangguan Secara Isyarat (Bukan Lisan)
Memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual antara lain,seperti menjeling,menggoda,merenung,mengintai,menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain.
3.Gangguan Secara Visual
Menghantar nota,surat,E-mail,SMS,MMS,Foto,poster,objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media,peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada anda yang menyebabkan anda berasa tersinggung,terhina atau terugut.
4.Gangguan Secara Fizikal
Mendekati anda dalam jarak yang terlalu dekat sehingga anda berasa kurang selesa,memegang,memeluk,menepuk,menggosok,mencubit, mencium atau meraba sehingga anda berasa tersinggung,terhina atau terugut.
5.Gangguan Secara Psikologi
Perbualan cuba merapati secara seksual,mendorong,mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual orang tersebut sama ada melalu surat,telefon,e-mail atau sebarang bentuk peralatan komunikasi kepada anda yang menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas anda.