http://apps.emoe.gov.my/kdp/
SIARAN KURSUS DALAM PERKHIDMATAN KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS SATU TAHUN (KSPK) AMBILAN 2008
1. PELAWAAN
Permohonan adalah dipelawa daripada guru-guru terlatih yang sedang berkhidmat di sekolah-sekolah menengah dan rendah kerajaan untuk mengikuti kursus tersebut di atas.
2. OBJEKTIF
Secara umumnya, peserta-peserta yang tamat kursus nanti dijangka akan dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ilmu keguruan dan meninggikan lagi kepakaran dalam pengkhususan masing-masing.
3. PERMOHONAN DAN PEMILIHAN CALON
3.1 Pemilihan peserta-peserta kursus adalah melalui permohonan.
3.2 Kursus yang ditawarkan adalah seperti di LAMPIRAN A.
4. KETERANGAN PROGRAM
4.1 Nama Kursus : Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK)
4.2 Tempoh Kursus : 01 Januari hingga 31 Disember 2008
4.3 Tempat : Institut Pendidikan Guru berkaitan
5. KELAYAKAN DAN SYARAT PERMOHONAN
Pemohon-pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
5.1 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam jawatan.
5.2 Mempunyai pengalaman mengajar, sekurang-kurangnya 3 tahun pada 01 Julai 2007.
5.3 Tidak terlibat dengan apa jua aktiviti yang boleh menjejaskan kehadiran sepanjang kursus dijalankan.
5.4 Berkaitan dengan bidang tugas dalam perkhidmatan semasa.
5.5 Tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib.
5.6 Tidak mengikuti mana-mana kursus anjuran Kementerian Pelajaran pada masa mengemukakan permohonan.
6. CARA MEMOHON
6.1 Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian sahaja. Permohonan ini boleh dibuat melalui mana-mana komputer yang ada capaian Internet
6.2 Permohonan Dalam Talian ini boleh dibuat melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut:
http://www.moe.gov.my. Pemohon diminta dan dinasihatkan membaca dahulu e-Panduan Permohonan untuk membolehkan permohonan sebenar dibuat dengan mudah dan betul.
6.3 Semua permohonan hendaklah disokong oleh Guru Besar/Pengetua dan melalui Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing.
7. TARIKH TUTUP
Semua permohonan hendaklah dibuat sebelum atau pada 06 November 2007.
8. GAJI DAN ELAUN
Semasa berkursus peserta layak mendapat cuti belajar bergaji penuh dan elaun sara hidup, berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan yang terkini.
9. KEMUDAHAN PENGINAPAN
Pihak Institut Pendidikan Guru tidak tertakluk bagi menyediakan kemudahan penginapan kepada peserta. Sekiranya kemudahan penginapan disediakan, peserta kursus dikehendaki mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru berkaitan.
10. TAWARAN KURSUS
Pemohon yang memenuhi syarat-syarat permohonan serta disokong oleh Jabatan Pelajaran Negeri sahaja yang akan ditawarkan berkursus.
11. PERHATIAN
11.1 Seorang calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja
11.2 Calon yang tidak menerima sebarang maklumat daripada Bahagian Pendidikan Guru dalam tempoh satu minggu dari tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Tiada surat menyurat akan dibuat mengenainya.
11.3 Sebarang kemusykilan sila hubungi 03-88841308 atau 03-88841311( Unit KDP )
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Aras 2-6 , Blok E13
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
PUTRAJAYA