Kakitangan Awam Opsyen KWSP Boleh Tukar Ke Skim Pencen - Januari 2009
http://azmanlin.blogspot.com/2008/11/ka ... 7785160000
Thursday, November 27, 2008 |
Antara keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Majlis Anugerah Kualiti Sektor Awam 2008 di Putrajaya, hari ini :
1. Kakitangan awam yang kini berada di bawah skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan diberi opsyen bagi menyertai skim pencen tahun depan. Tempoh membuat pilihan tersebut: dari 1 Jan hingga 31 Jan 2009 dan tarikh kuatkuasanya adalah pada 1 Februari, 2009.
2. Bayaran ex-gratia kepada ibu bapa kakitangan kerajaan bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan. Berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.
3. Bagi memperkasakan kegiatan pencegahan rasuah dan untuk membanteras jenayah, kerajaan bersetuju untuk membuat penambahbaikan pada skim pegawai siasatan, penolong pegawai siasatan dan pembantu pegawai siasatan.
4.Bagi urusan pencegahan rasuah, skim perkhidmatan tersebut bermula dengan kelulusan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan bagi PDRM (Polis Diraja Malaysia) pula penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel berkuatkusa pada 1 Jan 2009.
5. Memandangkan persamaan fungsi dan tugas antara agensi penguatkuasaan maritim Malaysia, tentera laut dan polis daripada aspek penguatkuasaan undang-undang, kerajaan bersetuju agar kadar tambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji diberi kepada pegawai dan anggota pangkat lain pangkat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia berkuatkuasa 1 Jan 2009.
(Sedutan dari Bernama: 12:45PM)