Page 1 of 4

KPLI 2009 IPGM Kampus Perlis

Posted: 31-12-08 Wed 12:47 pm
by 杨遥遥
玻央师范欢迎您

Senarai Tawaran KPLI(SR) Pengajian Cina Ambilan Januari 2009

1. Lim Shew Yeen (Simpang Empat, Perlis)
2. Low Chew Ling (Kangar, Perlis)


3. Bong Kah Hin (Kulim, Kedah)
4. Ng Ngai Leong (Kulim, Kedah)
5. Chua Hui Thean (Sungai Petani, Kedah)
6. Phei Fern A/P Koh Chin Chat (Alor Star, Kedah)


7. Lee Kee Peng (Bukit Mertajam, Pulau Pinang)
8. Lim Kher Wei (Butterworth, Pulau Pinang)
9. Ong Li Chieen (Georgetown, Pulau Pinang)
10. See Ean Kee (Georgetown, Pulau Pinang)
11. Goh Siew Koon (Sungai Bakap, Pulau Pinang)
12. Koid See Ting (Sungai Bakap, Pulau Pinang)


13. Low Chong Shyang (Gemencheh, N.Sembilan)
14. Pang Shiau Tau (Seremban, N.Sembilan)
15. Chen Yen Chun (Johol, N.Sembilan)
16. Won Ay Chyun (Tampin, N.Sembilan)


17. Voon Wan Rou (Bentong, Pahang)
18. Hong Shi Mei (Bentong, Pahang)
19. Ling Siew Ying (Raub, Pahang)

Posted: 31-12-08 Wed 12:58 pm
by 杨遥遥
TAWARAN UNTUK MENGIKUTI KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH (KPLI)
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA AMBILAN JANUARI 2009


Pengkhususan PENGAJIAN BAHASA CINA (SEKOLAH RENDAH)
di INSTITUT PERGURUAN PERLIS
JLN BEHOR PULAI, 01000
KANGAR, PERLIS
mulai dari JANUARI 2009 hingga ke suatu masa sebagaimana yang diluluskan oleh Kerajaan.

2. Anda dikehendaki melaporkan diri di institut berkenaan pada 12 JANUARI 2009.

3. Surat Tawaran ini hendaklah dibaca bersama Perjanjian Pendidikan Guru (PPG/KPLI-2005).

4. Tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya jika anda:
(a) gagal mengemukakan Dokumen asal yang diperlukan semasa pendaftaran; atau
(b) gagal melaporkan diri pada tarikh yang telah ditetapkan tanpa sebarang alasan yang boleh diterima oleh pihak yang berkenaan; atau
(c) gagal menyerahkan keputusan pemeriksaan kesihatan termasuk x-ray dan menyempurnakan Perjanjian Pendidikan Guru dalam tempoh 30 hari dari tarikh anda melaporkan diri di tempat berkursus; atau
(d) disahkan oleh pegawai perubatan bahawa anda menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal yang teruk dan anda tidak berupaya mengikuti program yang dirangka untuk kursus ini walaupun pengesahan tersebut diterima selepas anda melaporkan diri dan sedang berkurusus; atau
(e) disahkan oleh pegawai perubatan atau ahli kimia bahawa anda telah menyalahgunakan dadah walaupun pengesahan tersebut diterima selepas anda melaporkan diri dan sedang berkursus; atau
(f) tidak mendapat pelepasan daripada ketua jabatan sekiranya anda sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun; atau
(g) didapati masih terikat dengan mana-mana perjanjian latihan; atau
(h) memberikan maklumat palsu atau gagal memberikan maklumat sebenar termasuk maklumat yang diperlukan dalam butiran 5 surat tawaran ini atau Borang Permohonan KPLI untuk mendapatkan tawaran kursus.
(i) Pernah disabitkan dalam kesalahan jenayah

5. Sekiranya anda mengandung/belum melepasi tempoh 60 hari bersalin/mendapat kemalangan dan memerlukan tempoh rawatan yang panjang, anda tidak dibenarkan mendaftar. Rujuk Buku Panduan Tawaran untuk maklumat lanjut.

6. Sekiranya anda menerima tawaran ini dengan semua syarat yang ditetapkan, anda:
(a) TIDAK DIBENARKAN menerima tawaran lain untuk mengikuti sebarang kursus perguruan di mana-mana Institut Pendidikan Guru Malaysia atau Institut Pengajian Tinggi Awam;
(b) TIDAK DIBENARKAN bertukar bidang pengajian (pengkhususan) dan tempat berkursus.

7. Sekiranya anda menerima tawaran ini dengan semua syarat yang ditetapkan atau menolak tawaran ini, sila ambil tindakan sewajarnya seperti yang diarahkan dalam Buku Panduan Tawaran yang disertakan.

8. Walau apapun peruntukan/perbekalan dalam surat tawaran ini, Kerajaan berhak meminda apa-apa peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan dan/atau menambahnya pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang pemberitahuan dan anda adalah tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut. Kerajaan berhak menarik balik tawaran ini tanpa memberikan sebarang sebab.

Posted: 31-12-08 Wed 12:59 pm
by 杨遥遥
Makluman Pendaftaran
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Mode Sepenuh Masa
Dan KPLI – SR j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)
Ambilan Januari 2009


TAHNIAH kepada anda kerana berjaya ditawarkan untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mode Sepenuh Masa atau KPLI – SR j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah Ambilan Januari 2009. Sila ambil perhatian terhadap perkara-perkara berikut :

1. Anda dikehendaki melapor diri pada 12 Januari 2009 jam 8.30 pagi dengan berpakaian kemas.

2. Anda dikehendaki hadir sendiri semasa mendaftar. Pendaftaran melalui wakil tidak dibenarkan.

3. Semasa melapor diri di institut perguruan, anda diwajibkan mengemuka DOKUMEN ASAL kepada pegawai bertugas untuk semakan dan pengesahan. Anda tidak dibenarkan mendaftar sebagai pelajar di institut perguruan sekiranya GAGAL mengemukakan semua dokumen ASAL seperti berikut :
a. Surat Tawaran Berkursus sementara (Cetakan Komputer)
b. Kad Pengenalan yang menunjukkan taraf Kewarganegaraan Malaysia.
c. Sijil Kelahiran
d. Ijazah/ Diploma/ Sijil-sijil Peperiksaan STPM/ STP/ HSC/ SPM/ SPMV/ MCE
e. Surat Pengiktirafan Ijazah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi semua ijazah yang diperolehi daripada universiti tempatan atau luar negara berbentuk,
i. Pengiktirafan ijazah yang dikeluarkan oleh JPA atas nama persendirian, atau
ii. Cetakan pengiktirafan kelayakan dari laman web JPA
(Sila lawati laman web JPA (www.jpa.gov.my pilih topik Laman Interaktif kemudian pilih Pengiktirafan Kelayakan atau ke url, http://www.interactive.jpa.gov.my/frmMainIktiraf.asp)

Anda dikehendaki membawa bersama lima salinan fotostat yang telah disahkan bagi semua dokumen yang tersebut di atas.

4. Surat Tawaran Rasmi Untuk Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah Mode Sepenuh Masa dan KPLI – SR j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) serta borang-borang Perjanjian Pendidikan Guru akan diberi semasa anda mendaftar di institut perguruan.

5. Anda perlu membuat bayaran pendaftaran untuk keperluan dan kelengkapan sepanjang Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Sila berhubung dengan institut berkenaan untuk keterangan lanjut. Anda juga diingatkan supaya membawa bersama pakaian untuk bersukan dan beriadah semasa minggu pengurusan tersebut.

6. Anda tidak dibenarkan bertukar bidang atau pusat pengajian yang telah ditetapkan. Bagi calon-calon KPLI j-QAF Mode LPBS, anda juga tidak dibenarkan bertukar sekolah yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Penempatan ke sekolah adalah muktamad. Setelah mengikuti Minggu Pengurusan Pelajar Baru, anda dikehendaki melapor diri ke sekolah seperti yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran Penempatan Ke Sekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Islam.

7. Calon-calon dari Semenanjung yang ditawarkan tempat berkursus di institut perguruan di Sabah atau Sarawak atau calon-calon dari Sabah atau Sarawak yang ditawarkan tempat berkursus di institut perguruan di Semenanjung, dikehendaki :
i. membuat urusan sendiri bagi penyediaan pasport terhad ke Sabah dan Sarawak atau sebaliknya, kecuali anda telah memiliki pasport antarabangsa yang masih sah.

ii. mengurus sendiri tiket penerbangan kapal terbang. Perbelanjaan untuk tiket kapal terbang boleh dibuat tuntutan semula dengan institut perguruan di mana anda ditempatkan.

Sekian dimaklumkan dan diharap anda membuat persediaan dan mengambil perhatian serta tindakan yang sewajarnya bagi mengelak masalah dan kesulitan yang mungkin timbul semasa anda melapor diri kelak.

Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru Disember 2008

Re: KPLI 2009(IPPP)

Posted: 31-12-08 Wed 3:53 pm
by 老黄
杨遥遥 wrote: 17. Voon Wan Rou (Bentong, Pahang)
18. Hong Shi Mei (Bentong, Pahang)
19. Ling Siew Ying (Raub, Pahang)
[/size]
这三位同学竟然和立卑无缘?

Re: KPLI 2009(IPPP)

Posted: 31-12-08 Wed 10:56 pm
by 杨遥遥
老黄 wrote:
杨遥遥 wrote:17. Voon Wan Rou (Bentong, Pahang)
18. Hong Shi Mei (Bentong, Pahang)
19. Ling Siew Ying (Raub, Pahang) [/size]

这三位同学竟然和立卑无缘?

年轻时到人家的地方看看是好事。

如不是调职或受训,很多人可能终其一生都不会来玻璃市游玩。
来过的大多数是有亲戚在这儿或“借路”去浮罗交怡岛或泰国而已,所以暂时来住11个月是好事。

Posted: 01-01-09 Thu 2:59 am
by kenlim1982
我还不是一样跟玻央无缘。。。
命中注定我要成为老黄的学生的。。。
也好,好想早日看到朋友口中不睡觉的超级老师是怎样的。。。

Posted: 01-01-09 Thu 10:42 pm
by 杨遥遥
kenlim1982 wrote:我还不是一样跟玻央无缘。。。
命中注定我要成为老黄的学生的。。。
也好,好想早日看到朋友口中不睡觉的超级老师是怎样的。。。
恭喜恭喜。

这样最好,不然你也不会到Kuala Lipis小镇啦。
不要紧,找苏政毅,他就要成为IPTAA的地头蛇了。

Posted: 01-01-09 Thu 10:53 pm
by kenlim1982
去找过他啦,我做事一向快手快脚的,哈哈。。
政毅是我老朋友的弟弟,也是我中学时期的学弟,
十年风水轮流转,再过十天,我即将成为他的学弟。。。
他不是快成为那里地头蛇,而是已经实实在在的立碑蛇了吧???

Re: KPLI 2009(IPPP)

Posted: 01-01-09 Thu 11:12 pm
by 玉珍
杨遥遥 wrote:玻央师范欢迎您

17. Voon Wan Rou (Bentong, Pahang)
18. Hong Shi Mei (Bentong, Pahang)
[/size]
看到这两个未来老师的来处,倍感亲切,我的乡人之中又多了两位老师了哦!

立卑

Posted: 01-01-09 Thu 11:22 pm
by 美丽的翠鸟
无可否认kuala lipis-立卑(不是立碑哦)的确是一个小小的地方,可以找吃的地方比不上槟城美食天堂,却因为如此让我们省下一些金钱,同时也可以来个减肥计划。 :wink: 这儿没有豪华的购物广场,不过你可以逛逛这儿道地的夜市集和唯一的AKTIF购物中心,你所需要的和想要的东西皆有出售哦! 8)
这也没有舒适的戏院,更正确的是“没有”戏院,那更好,可以专心念书,更投入学院生活哦! :?
既来之,则安之!不必过分担心害怕这个小小的立卑,这儿除了有巴士站,也有历史悠久的火车站,肯定让你能够依时来报到,也可以让你返回家乡温习家乡梦。不然,计程车也可以是你的选择哦!
若心还放不下,就当作来走一堂历史之旅吧!看看这座曾经被英国殖民地选为彭亨首府的小小城镇--KUALA LIPIS 的真实面貌吧!或许你会体验更多,或许你会想念这儿。简简单单的生活,朴实诚恳的人们,都会让你觉得多一份亲切感。 :P