Page 1 of 1

亚罗士打的拼写

Posted: 24-02-09 Tue 9:27 am
by 小周
亚罗士打的拼写


吉打首府亚罗士打自 2003年12月21日升格为市即被前朝政府把“Alor Setar”的拼写改为“Alor Star”。 从开始的半信半疑到吉打人民已接收且习惯书写“Alor Star”,没想到5年后,由 今年1月14日始,吉打州民联政府又宣布去掉亚罗士打的“洋味”将“Alor Star”的拼写还原,沿用回本名“Alor Setar”


亚罗士打的拼写从“Alor Star”改回“Alor Setar”已一个多月了,不算“新闻”,但很多同事和学校老师依然故我地照旧书写“Alor Star”,包括小周。前天寄快邮给Lynn时一时手快又写“错了”……

开此主题“旧事重提”不过是善意提醒吉打州人民尤其是教师要留意自己的“书写习惯”。


在此转贴两则与亚罗士打拼写风波相关的新闻报道。


Ejaan Alor Star dikembalikan kepada Alor Setar

http://www.mykedah.org/Berita-Tempatan/ ... setar.html

Ditulis oleh Amelia Hashim Isnin, 19 Januari 2009 14:39


ALOR SETAR, 15 Januari: Ejaan ‘Star’ akan balik semula kepada ejaan asal ‘Setar’ yang membawa maksud pokok setar. Ini berdasarkan sejarah nama itu diambil sempena nama alor dan pokok setar.


“Mengikut ejaan asal ialah Setar tetapi telah ditukar menjadi Star oleh kerajaan dahulu. Kita bukan menukar tetapi kita kembali kepada ejaan asal setelah menerima permintaan daripada Pihak Berkuasa Kerajaan Tempatan dan beberapa pertubuhan sukarela,” kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Beliau meminta jabatan-jabatan kerajaan dan pihak swasta supaya menukar ejaan kepala surat jabatan masing-masing kepada “Setar’. Begitu juga dengan papan-papan tanda di jalan-jalan raya hendaklah berbuat demikian.

“Langkah ini boleh dibuat dari masa ke semasa bukannya berkuat dengan segera,” ujarnya “Kita faham kedudukan kewangan masing-masing tetapi untuk melaksanakan pertukaran ejaan tidak membebankan sangat. Ejaan itu akan dikuatkuasakan selepas pihak Setiausaha Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan penggunaan kepada semua jabatan kerajaan agensinya”

Begitupun terdapat nama-nama tempat yang tidak sesuai telah ditukar kepada nama yang lebih sedap di dengar, katanya selepas mempengerusikaan mesyuarat mingguan exco di sini.

Nama Alor Setar diambil sempena kawasan alor dan pokok setar di mana ketika itu di kawasan ini merupakan tempat berlangsungnya pedagangan. Pada tahun 1735 kegiatan perdagangan begitu pesat di kawasan ini. Penduduk kampng datang melalui sungai Kedah, sungai Anak Bukit dan sungai Tajar untuk menjual hasil ternakan dan pertanian mereka ke sini dan menambat perahu-perahu mereka di pokok setar berkenaan. Kawasan yang ada mercu tanda peristiharan Alor Setar sekarang pada ketika itu ialah alor. Mereka berdagang di Kawasan Alor Setar ini seperti di dekat madrasah Limbung Kapal dan Tanjung Chali. Kesesatan perdagangan di Alor Setar ketika sehingga wujudlah Pekanrabu di Tanjung Chali.

Walaupun star sebutannya nama dengan setar tetapi membawa maksud yang berbeza. Star bermaksud bintang. Lagi pula ejaan Melayu menekankan vocal. Ejaan star tidak cukup vokal seperti setar.

Posted: 24-02-09 Tue 9:32 am
by 小周
Alor Star kembali ke Alor Setar

http://www.utusan.com.my/utusan/info.as ... =dn_28.htm

ARKIB : 15/01/2009

ALOR STAR 14 Jan. - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri telah memutuskan supaya ejaan nama Alor Star diubah ke nama asalnya, Alor Setar untuk digunakan secara rasmi.

Sehubungan itu, kata beliau, nama baru tersebut akan dikuatkuasakan selepas pihak Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah mengeluarkan arahan penggunaannya kepada semua jabatan kerajaan negeri termasuk agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

''Ia cuma membabitkan sedikit perubahan iaitu ejaan Star kepada Setar dan langkah tersebut diambil kerana kita (kerajaan negeri) mahu menggunakan nama asalnya kerana merasakan bahawa ia perlu diletakkan di tempat yang betul.

''Memang ejaan asalnya ialah Setar kerana ia berasal daripada nama pokok di Kedah dipanggil Pokok Setar.

''Sebenarnya ia Alor Setar tetapi sebelum ini ada pihak mengubah jadi Alor Star kerana hendak bunyi macam orang putih sikit tetapi kita dapati ia tidak ada kena mengena dari segi sejarah tempat ini," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darulaman, di sini hari ini.

Sementara itu, Persatuan Sejarah Malaysia Kedah menyambut baik langkah kerajaan negeri menukar nama 'Alor Star' kepada ejaan asalnya iaitu 'Alor Setar'.

Pengerusinya, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, penukaran nama bandar raya itu kepada ejaan asal adalah wajar bagi mengekalkan sejarah ia diambil bersempena nama pokok setar yang ditemui di negeri ini.

"Persatuan sendiri menerusi Lembaga Muzium Negeri Kedah telah meminta kerajaan negeri menukar nama 'Alor Star' kepada ejaan asalnya iaitu 'Alor Setar.

'Kami juga pernah menghantar surat kepada kepada kerajaan negeri sebelum ini berhubung gesaan yang sama. Persatuan gembira kerana setelah sekian lama menunggu, akhirnya ejaan itu ditukar juga '," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Posted: 24-02-09 Tue 9:45 am
by 小周
这位博客从经济角度来评论亚罗士的更改拼写导致“劳民伤财”浪费公款的后果。

http://politikpbt.blogspot.com/2009/01/ ... -asil.html

(略)

Saya amat tertarik dengan pertukaran ejaan ini, kerana berlaku konflik 'nilai sejarah' dan 'nilai kos kerugian' yang ditanggung rakyat Kedah khususnya. Sudah pasti jika di zaman mantan Menteri Besar Kedah Dato Seri Syed Razak tidak memandai-mandai menukar ejaan Setar ke Star, sudah pasti tidak berlaku kerugian oleh rakyat jelata. Sudah pasti juga jika ketika itu semua pihak termasuk PAS dan pembangkang memprotes sehebat-hebatnya, mungkin juga ia tidak ditukar ejaannya. Tapi itu semua telah menjadi bubur caca...


Soalnya adakah Kerajaan Kedah sekarang dianggap maju kehadapan dengan menukarkan ejaan ini? DS Uztaz Azizan memberi alasan, pengubahan ini tidak melibatkan kos yang besar. Bagi saya ini jawapan yang cukup dangkal kerana sudahkah dikaji kos kerugian kesan penukaran ini? Jika sudah berapakah implikasi kewangan akibat perubahan ini? Perlulah didedahkan hasil kajian tersebut untuk diteliti rakyat jelata. Apakah makanisma untuk melaksanakan penukaran nama ini tidak melibatkan kos yang tinggi terutama kepada stakeholder? Jika direnungkan kerajaan negeri sedang malakukan pembaziran wang, sama seperti kerajaan BN Kedah terdahulu?

Yang jelas surat pekeliling dari Kerajaan Negeri Kedah dinanti-nanti semua agensi kerajaan dan swasta. Tidak keterlaluan jika di katakan ‘jika ada pun’ pekeliling ini, ianya masih belum diterima oleh banyak agensi kerajaan dan swasta. Pertukaran tergesa-gesa ini akan melibatkan kos yang besar terutamanya agensi Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Kerajaan Negeri dan lain-lain. Penyelenggaraan pembetulan ejaan Star ke Setar akan melibatkan kos yang cukup tinggi. Saya buktikan seperti berikut;

kos Singboard nama jalan dan tunjuk arah ke/dari Alor Setar khususnya dan seluruh negeri amnya.

Kos Singboard nama-nama taman perumahan dan permainan seluruh Alor Setar.

Kos Billboard pembetulan ejaan pengiklanan seluruh kedah
Kos signboard oleh sekolah-sekolah, tadika dan tabika.

Kos Singboard papan iklan syarikat, kedai runcit dan pasar.
Kos Letterhead seluruh agensi kerajaan dan swasta terletak di Alor Setar.

Kos Bahan percetakan resit, invois, nota penghantaran, local order/purchase order, fail-fail agensi kerajaan, swasta, peniaga - peniaga dan NGO-NGO.

Kos Buku-buku dan nota-nota pelajaran yang dikeluarkan oleh JPN Kedah.

Kos Segala jenis Rubber stamp yang ada tertulis Alor Star
Kos Bill cukai pintu, kompaun-kompaun, saman-saman dan semua mak nenek yang seangkatan dengannya yang bertulis Majlis Bandaraya Alor Star, milik MBAS.

Kos Penyelenggaraan perisian sistem komputer, laman web, portal yang berpengkalan di Alor Star (lihat saja portal Kedah, semua PBT Kedah dan berpuluh agensi kerajaan lain -semuanya masih banyak belum di betulkan ejaan pada alamat).

Memang tidak dinafikan, ianya boleh dilakukan secara berperingkat-peringkat dengan menggunakan cara ‘menampal’ perkataan Star. Bagaimana pula dengan signboard jalan, pengiklanan billboard, banner, streamer, nama taman, signboard nama sekolah dipintu masuk dan lain-lain? Elok kah dengan menampal?.

Bagaimana pula dengan My Kad dan surat beranak yang menggunakan Alor Star? Tidak adakah kos yang terlibat?

Bertambah haru biru apabila pada 15.1.2009 semua Surat Khabar masih menggunakan ejaan Star. Yang pasti perubahan ini akan lebih memberi ‘beban’ besar secara langsung kepada Majlis Bandaraya Alor Setar dan JKR. Dengan krisis kewangan yang di hadapinya, berapakah pula kos peruntukan yang perlu di bazirkan pada tahun 2009. Soalnya adakah diperuntukkan budget tahun 2009 untuk tujuan ini.

Sudah tentu kerajaan negeri tidak mahu pelancung yang melawat kedah dan Alor Setar, ‘mentertawakan’ kerajaan negeri kerana penukaran nama Star ke Setar ini tidak berjalan selancarnya kerana kurang peruntukan kewangan. Saya menjangkakan pendekataan yang akan dilakukan oleh agensi seperti Majlis bandaraya Alor Setar, JKR, Pejabat Tanah, Pejabat Daerah dan lain-lain adalah ‘menghabiskan stok yang sediada' terlebih dahulu’ dan penggunaan Setar hanya akan bermula bila ujud keperluan cetakan baru.

Perubahan Star kepada Setar ini juga akan banyak memberi keuntungan kepada kedai 'rubber stamp', kedai papan iklan, kedai sticker, kedai percetakan dan banyak lagi.

Posted: 24-02-09 Tue 10:05 am
by 小周
亚罗士打的历史

http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM/ ... ction=sm03


Alor Setar sudah sekian lama berfungsi sebagai pusat pentadbiran negeri Kedah. Pada 2 Jun 1990 bandar ini merayakan ulang tahunnya yang ke-250. Pembukaan Alor Setar bermula di kawasan tebing Sungai Kedah yang diapit oleh kuala sungai Anak Bukit dan kuala Alor Malai. Kawasan tebing Sungai Kedah itu sepanjang kira-kira satu perempat kilometer. Kawasan itu hanya perkampungan kecil yang terdiri daripada beberapa buah rumah kayu beratap rumbia semasa Sultan Muhammad Jiwa Azilin Muazzam Shah pertama kali menjejaki kaki di situ. Namun demikian, Sultan Kedah yang ke-19 itu sangat tertarik hati pada kedudukan kampung tersebut. Baginda kemudian berkenan untuk memindahkan pusat pemerintahan Kedah dari Istana Bukit Pinang ke kampung itu. Sejak dari itu kampung tersebut mula membangun dan terus menjadi tumpuan penduduk negeri Kedah.

'Alor’ yang dimaksudkan pada nama Alor Setar ialah alur atau anak sungai yang kini dikenali sebagai Alor Malai cuma disebut ‘alor’. Perkataan ‘alor’ itu tidak digunakan sebagai nama tempat tetapi sebagai pernyataan rupa bumi di situ. Maka kawasan di kuala alur itu disebut ‘kuala alor’. Apabila orang Cina sampai ke situ mereka menambahkan perkataan ‘Malai’ di hujung ‘alor’ untuk membayangkan bahawa kawasan di tebing alur itu didiami oleh orang Melayu.


Pada masa sebelum Siam menyerahkan Kedah kepada Inggeris pada tahun 1890, pangkalan di Kuala Alor itu sudah maju dan sibuk. Orang Melayu menggunakan pangkalan itu untuk memunggah barang dagangan yang dibawa dari Kuala Kedah. Perahu-perahu yang singgah di pangkalan itu dikatakan ditambat pada mana-mana pokok yang berdiri di tebing alur. Akan tetapi ceritanya berlainan ketika orang Melayu baru memulakan perkampungan di situ. Ketika itu perahu tidak banyak dan di tebing kuala alur itu terdapat sebatang pokok setar (juga disebut kundang) yang sangat tegap kedudukan pokok setar di tebing itu memudahkan pendaratan. Pada pokok setar itulah lazimnya perahu-perahu yang menggunakan pangkalan itu ditambat.


Akhirnya perkataan ‘setar’ sempena nama pokok itu dicantumkan dengan ‘kuala alor’ untuk menghasilkan nama Kuala Alor Setar. Perkataan ‘kuala’ kemudian digugurkan daripada nama itu apabila kawasan perkampungan itu meluas dan pergantungan penduduk pada pangkalan itu menurun. Sehingga kini tiada seorang pun yang mengetahui bagaimana percantuman nama itu berlaku dengan lebih tepat.

Menurut satu cerita, percantuman itu berlaku semasa seorang penduduk kampung itu berbual dengan kenalan barunya di Kuala Kedah. Selepas selesai menjual hasil kebunnya dipekan itu, dia berehat ditepi sungai untuk memulihkan tenagannya sebelum mudik ke kampungnya semula. Di situ dia didatangi seorang pemuda yang sedang mencari perahu untuk ditumpang balik ke kampungnya yang tidak jauh dari Kuala Kedah.


"Hendak ke mana?” Tanya pemuda itu. “Kuala Alor,” jawab pemilik perahu itu. “Kuala alur?! Alur mana?” Tanya pemuda itu lagi. Termenung sebentar pemilik perahu itu. Kuala Alor yang mana lagi? Kemudian dia menjawab: “Kuala Alor… dekat pokok setar di hulu sungai!” “Ah, kuala alur setar!” Sejak dari peristiwa itu nama Kuala Alor Setar mula digunakan, tetapi tidak lama selepas itu ‘Kuala’ digugurkan.

Posted: 28-02-09 Sat 8:04 pm
by 小周
吉打州务大臣 Datuk Seri Azizan Abdul Razak在1月14日宣布吉州政府决定把首府 Alor Star之名 还原回拥有历史意义的 Alor Setar 。

毅达师范学院迟至一个月后才收到吉州政府的通知,因为吉州政府在2月15日才发公函。

深感讽刺的是:吉州政府公函上端的亚罗士打仍旧是“Alor Star”!

Image