KPLSPM Julai 2009@开始接受申请
Posted: 08-03-09 Sun 4:40 pm
PERMOHONAN KURSUS PERGURUAN LEPAS SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (KPLSPM)
AMBILAN JULAI 2009
http://apps.emoe.gov.my/kplspm/mohon/index.cfm
Permohonan ini akan ditutup pada 22 Mac 2009.
1 PENGENALAN
Profesion perguruan merupakan satu profesion yang dinamik dan penting didalam pembangunan bangsa dan negara. Ianya sentiasa berubah tetapi tetap segar mengikut kehendak masa dan semasa bagi menjamin keperluan negara dalam mendidik dan membina rakyat Malaysia yang berjiwa kental dan mantap serta berilmu bagi membina masyarakat yang dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah agensi yang bertanggungjawab mengendalikan program latihan keguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Kurikulum latihan keguruan digubal bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, mahir berfikir dan cekap teknologi.
2 PROGRAM YANG DITAWARKAN
Bahagian Pendidikan Guru mengendalikan beberapa program latihan keguruan praperkhidmatan untuk calon lepas SPM seperti tersebut dibawah :
A. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara.
A1. Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut :
Bachelor of Science (Honours) - Mathematics
Bachelor of Science (Honours) - Physics
Bachelor of Science (Honours) - Chemistry
Bachelor of Science (Honours) - Biology
Bachelor of Science (Honours) - Clinical Speech Therapy
Bachelor of Science (Honours) - Occupational Health Therapy
Bachelor of Science (Honours) - Audiology
Bachelor of Science (Honours) - Clinical Psychology
Program ini dikhususkan untuk melahirkan guru-guru bagi sekolah menengah dalam mata pelajaran berikut :
Matematik
Fizik
Kimia
Biologi
Pendidikan Khas (Clinical Speech Therapy, Occupational Health Therapy, Audiology, Clinical Psychology)
Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 7A termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan dan dua mata pelajaran yang lain di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Calon yang mencapai gred 3B atau lebih baik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris GCE O Level di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau mencapai sekurang-kurangnya Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan.
Calon perlu mengikuti kursus persediaan selama 2 - 4 semester di institusi pengajian/ kolej terpilih yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam negara.
Calon yang lulus dengan jayanya di peringkat Kursus Persediaan akan ditawarkan untuk mengikuti Kursus Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah pertama di universiti terkemuka luar negara seperti United Kingdom, Australia atau New Zealand, selama 6 - 7 semester.
Selepas tamat pengajian di peringkat ijazah pertama, calon dikehendaki mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Institusi Pendidikan Guru Malaysia yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam negara selama 2 semester.
A2. Institusi yang mengendalikan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Khas) :
a. International Education Centre (INTEC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.
b. Institut Kajian Liberal (IKAL), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kajang, Selangor.
c. Kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Lembah Beringin, Tanjung Malim, Perak.
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke universiti terkemuka di luar negara.
Aktiviti Tempat Tempoh semester
Pengajian Persediaan Kolej Persediaan KPM 2 - 4 semester (mengikut kolej pengajian)
Pengajian Ijazah Pertama (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Khas) Universiti Terkemuka Luar Negara (UK, Aust atau NZ) 6 - 7 semester (mengikut universiti pengajian)
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Institusi Pendidikan Guru Malaysia akan ditetapkan oleh KPM 2 semester
B. Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP).
B1. Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut :
Bachelor of Arts Degree in Sciences of Languages and Information Specializing in Teaching French as a Foreign Language
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melatih guru-guru bagi sekolah menengah untuk mata pelajaran Bahasa Perancis.
Program ini terbuka hanya kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam bahasa Perancis. Calon hendaklah telah menduduki ujian kompetensi bahasa Perancis dan memiliki DELF 1.
Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 4A termasuklah mata pelajaran Bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya B3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Sains atau Sains Tambahan atau satu mata pelajaran teknikal di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
Calon perlu mengikuti kursus persediaan selama 4 semester di institusi pengajian/kolej terpilih yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam negara.
Calon yang lulus dengan jayanya di peringkat kursus persediaan akan ditawarkan untuk mengikuti program kembar Kursus Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah pertama di universiti terkemuka negara Perancis, selama 6 semester.
Selepas tamat pengajian di peringkat ijazah pertama, calon dikehendaki mengikuti Kursus Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam negara selama 2 semester.
Program Kembar Bahasa Perancis.
Aktiviti Tempat Tempoh semester
Pengajian Persediaan Institut/ Kolej Pengajian yang ditetapkan oleh KPM 2 semester
Pengajian Ijazah Pertama
(Bahasa Perancis) Universiti Terkemuka Negara Perancis 6 semester
Kursus Diploma Perguruan Institusi akan ditetapkan oleh KPM 2 semester
C. Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ).
C1. Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut :
Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Dengan Pendidikan (Kepujian) - Bahasa Jerman
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melatih guru-guru bagi sekolah menengah untuk mata pelajaran Bahasa Jerman.
Program ini terbuka hanya kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam bahasa Jerman.

Calon perlu mengikuti Kursus Persediaan selama dua tahun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
Calon yang lulus dengan jayanya di kedua-dua peringkat kursus persediaan akan ditawarkan untuk mengikuti program kembar Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah pertama dalam bahasa Jerman di institut pengajian tinggi tempatan selama tiga tahun (tahun 1, 2 dan 3) dan di Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) selama satu tahun (tahun 4).
Program Kembar Bahasa Jerman.
Aktiviti Tempat Tempoh semester
Pengajian Persediaan 1 Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan 4 semester
Pengajian Ijazah Pertama Universiti Tempatan Dalam Negara 6 semester
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditetapkan 2 semester