KDP 14M Prasarjana Muda Pgajaran amb.Jun 09
Posted: 24-03-09 Tue 10:30 pm
PROGRAM KDP 14 MINGGU PRASARJANA MUDA PENGAJARAN
BAGI GURU TERLATIH BUKAN SISWAZAH
AMBILAN JUN 2009
http://apps.emoe.gov.my/kdp/mohon/
A. IKLAN PERMOHONAN
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan untuk memohon mengikuti Program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran.
1. KETERANGAN PROGRAM
Nama Program : Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran
Tempoh Pengajian : 15 Jun 2009 - 18 September 2009
:
1.1 Program ini dijalankan dalam tempoh selama 14 minggu secara mode sepenuh masa di Institut Pendidikan Guru (IPG).
1.2 Peserta yang lulus peperiksaan program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan ditawarkan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Jarak Jauh KPM OUM (Pendidikan Rendah) dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran dengan Kepujian.
2. SYARAT DAN KELAYAKAN AM PERMOHONAN
2.1 Warganegara Malaysia.
2.2 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS/PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan.
2.3 Berumur tidak melebihi 45 tahun pada 14 November 2009 iaitu lahir selepas 14 November 1964.
2.4 Telah disahkan dalam jawatan.
2.5 Tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa.
2.6 Memiliki Diploma Perguruan atau Sijil Guru.
2.7 Pemohon yang sedang mengikuti KSPK atau KDP 14 minggu Peningkatan Profesionalisme atau Program PGSR tidak dibenarkan memohon.
2.8 Tidak dikenakan atau dalam proses tindakan tatatertib.
2.9 Pencapaian prestasi yang baik melebihi purata 85%. (Tahun 2006, 2007, 2008)
2.10 Telah membuat pengistiharan harta tidak melebihi 5 tahun di bawah peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
2.11 Peserta yang sedang atau pernah mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tajaan KPM bersama OUM seperti berikut TIDAK DIBENARKAN mengikuti program KDP 14 Minggu PraSMP.
Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran B.I sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian (BETESL)
Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian (BEMATH)
Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian (BESC)
Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Awam) dengan Kepujian (BECE)
Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) dengan Kepujian (BEEE)
Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Mekanik) dengan Kepujian (BEME)
2.12 Peserta yang gagal peperiksaan atau mendapat PNGK kurang dari 2.0 semasa mengikuti KDP 14 Minggu PraSMP tidak layak memohon untuk ambilan berikutnya
3. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN
3.1 Permohonan Program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran Ambilan Februari 2009 ini boleh dibuat secara Dalam Talian sahaja dengan melayari Internet http://www.moe.gov.my
Pemohon dinasihatkan melawat dan melayari dahulu laman web tersebut di atas untuk meneliti e-Panduan Permohonan dan memahami dahulu cara-cara membuat permohonan secara Dalam Talian ini.
3.2 Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
3.3 Maklumat permohonan yang tidak lengkap,boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
3.4 Borang permohonan hendaklah dicetak, ditandatangani oleh Guru Besar dan dihantar ke Pengarah JPN Negeri masing-masing.
Permohonan yang TIDAK melalui guru besar / pengetua serta kelulusan Jabatan Pelajaran Negeri tidak akan diproses.
4. TARIKH BUKA PERMOHONAN
4.1 Permohonan Program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran Ambilan Jun 2009 ini dibuka pada 23 Mac 2009.
5. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
5.1 Permohonan Program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran Ambilan Jun 2009 ini ditutup pada 17 April 2009.
6. KEUTAMAAN
Calon-calon yang memenuhi kriteria-kriteria berikut akan diberi keutamaan.
6.1 Mempunyai pengalaman mengajar sebagai guru terlatih secara terus menerus lebih daripada 5 tahun dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang pengajian yang dipohon.
6.2 Pernah menghadiri kursus-kursus peningkatan profesional yang sesuai (contoh: Kursus Sijil Perguruan Khas satu tahun, KDP 14 minggu dan kursus-kursus lain yang berkaitan).
6.3 Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pendidikan.
6.4 Telah menghasilkan bahan atau memberi sumbangan ilmiah dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
6.5 Sihat tubuh badan, serta mempunyai kemampuan, keazaman, iltizam dan jati diri untuk mengikuti kursus sehingga tamat pengajian.
6.6 Mempunyai rekod prestasi perkhidmatan yang cemerlang atau baik dalam penilaian prestasi 3 tahun yang terkini.
7. PERHATIAN
(i) Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa melalui internet untuk mengetahui kelayakan dan tawaran ke kursus.
(ii) Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan dan menempatkan calon-calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
(iii) Pemohon yang berjaya diwajibkan mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran mode Pendidikan Jarak Jauh KPM OUM (Pendidikan Rendah) dengan syarat lulus peperiksaan dan memenuhi syarat yang ditetapkan.
(iv) Calon yang pernah atau sedang mengikuti kursus Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) tidak layak memohon
(v) Peserta wajib lulus kesemua 7 subjekdan memperoleh PNGK lebih 2.00 bagi melanjutkan pengajian ke Sarjana Muda Pengajaran secara Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Terbuka Malaysia.
B. KALENDAR AKTIVITI PERMOHONAN
Kalendar aktiviti bagi permohonan Program KDP 14 Minggu Prasarjana Muda Pengajaran Ambilan Jun 2009 adalah seperti berikut dan tertakluk kepada pindaan. Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa pada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat terakhir.
Permohonan dibuka :23 Mac 2009
Permohonan ditutup :17 April 2009
Pemprosesan Permohonan : 28 -30 April 2009
Semakan Keputusan :Mei 2009
Pendaftaran :15 Jun 2009
Iklan disiarkan pada laman web http://emoe.gov.my Pindaan permohonan dibenarkan sehingga tarikh tutup. Proses pemilihan calon untuk ditawar kursus. Senarai calon yang ditawar dipapar pada laman web. Calon yang berjaya melapor diri di Institut Perguruan Malaysia
Catatan :
Sila ambil maklum dancetak kalendar aktiviti ini untuk simpan dan rujukan anda.