Page 1 of 1

P'bekuan Lantikan DG41 bg Guru PJJ

Posted: 27-10-11 Thu 5:25 pm
by 杨遥遥
Pembekuan Perlantikan ke Gred DG41 bagi Guru-guru
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)


http://www.nutp.org/new/ms/

Image

Posted: 27-10-11 Thu 5:25 pm
by 杨遥遥
Image

Posted: 23-02-12 Thu 11:00 pm
by 杨遥遥
15,000 guru berijazah belum naik gred DG41

http://www.nutp.org/new/ms/node/904

Terpaksa tanggung beban bayaran pinjaman pendidikan

SEREMBAN: Kira-kira 15,000 guru lepasan ijazah di seluruh negara belum menerima kenaikan gred DG41 walaupun sebahagian mereka sudah melepasi proses temu duga sejak dua tahun lalu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.

Beliau berkata, perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang sanggup membuat pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan sendiri bagi menampung kos menyambung pelajaran sebelum ini.

Katanya, berikutan penangguhan itu, sebahagian guru terbabit kini menanggung masalah kewangan termasuk untuk membayar semula pinjaman pendidikan kerana gaji diterima masih di takuk lama.

“Mereka membuat perancangan rapi terutama membabitkan soal kewangan sebelum mengambil keputusan menyambung pelajaran kerana kebanyakannya sudah berkeluarga dan mempunyai banyak komitmen.

“Dengan jaminan kenaikan gred itu, mereka membuat keputusan berkenaan (menyambung pelajaran) dengan harapan dapat meningkatkan pendapatan.

“Namun, proses kenaikan gred itu kini digantung dan kami tidak tahu sampai bila,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Yim Pheng berkata, sebelum ini, proses kenaikan gred selepas seseorang calon melepasi temu duga biasanya mengambil masa kurang setahun untuk berkuat kuasa tetapi penangguhan itu turut menjejaskan tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat.

Justeru, beliau berkata, pihaknya meminta Kementerian Pelajaran menyegerakan proses berkenaan kerana jumlah guru yang tamat pengajian ijazah semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Yim Pheng meminta Kementerian Pelajaran memberi peluang kepada guru yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras tiga dan empat yang layak menikmati anjakan gaji menikmatinya, walaupun tempoh sah penilaian itu tamat tahun ini berikutan pemansuhannya.

Beliau berkata, kebanyakan guru terbabit belum cukup syarat tempoh perkhidmatan dan hak mereka dinafikan kerana tempoh sah penilaian itu tamat sebelum mereka mencukupkan syarat berkenaan.

“Tidak adil bagi guru terbabit yang berusaha lulus PTK dan ketika menunggu masa untuk menikmati anjakan gaji, tiba-tiba kelulusan PTK mereka tidak boleh digunakan dan terpaksa menduduki penilaian baru,” katanya.

Posted: 26-04-12 Thu 11:22 pm
by 杨遥遥
Image
Image

Posted: 23-06-12 Sat 6:46 pm
by 杨翠娴

Posted: 27-06-12 Wed 11:26 am
by 杨翠娴
PENGGANTUNGAN PELAKSANAAN PEKELILING SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN BILANGAN 1 TAHUN 2010

Suruhanjaya dalam mesyuaratnya pada 28 Mei 2012 telah bersetuju untuk menggantung pelaksanaan Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2010 yang bertajuk "Tarikh Pelantikan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Yang Lulus Ijazah Sarjana Muda Melalui Program Pengajian Jarak Jauh" . Penggantungan pelaksanaan pekeliling ini adalah disebabkan masalah ketiadaan kekosongan jawatan bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41. Penggantungan ini berkuat kuasa serta merta sehingga isu kekosongan jawatan berkenaan dapat ditangani.

Posted: 22-09-12 Sat 4:33 pm
by 杨翠娴
Temu duga ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda melalui program Pengajian Jarak Jauh atau Program Pensiswazahan secara sepenuh masa akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 18 September 2012 di seluruh negara. Temu duga ini dikhususkan kepada PPPLD yang telah mengemukakan permohonan untuk dilantik sebagai PPPS Gred DG41 (permohonan sehingga 30 Jun 2012). Mereka yang terlibat boleh membuat semakan atas talian di portal Suruhanjaya ini mulai 11 September 2012.