关于 PJJ 的疑问

毕业了,何去何从?职场的疑惑,询问与交流。
Post Reply
豪坤
Site Admin
Posts: 2818
Joined: 28-07-05 Thu 3:23 pm
Location: 饭桶
Contact:

http://www.ppdpetaling.net/modules.php? ... r=0&sid=14

nana menulis "(dipetik daripada ruangan Forum Berita Harian)

KEMENTERIAN Pendidikan ingin merujuk kepada surat bertajuk “Guru PJJ kesal digantung tidak bertali” oleh JS, AZR, SBA, Skudai Johor (13 Januari 2004).

Guru berkelulusan PJJ Pengajian Melayu dari Universiti Malaya (UM) itu mengadu tidak dinaikkan ke jawatan DGA41(DG3), walaupun sudah memegang ijazah

Kementerian Pendidikan memang menyedari ada segelintir guru yang melanjutkan pendidikan melalui jarak jauh secara pilihan sendiri dan mengambil kursus seperti bahasa Melayu, Geografi, Sejarah, Pengajian Islam dan Program Sains Sosial yang lain.

Kementerian Pendidikan setakat ini tidak menyekat kehendak guru untuk melanjutkan pendidikan ke peringkat ijazah, walaupun dalam program yang boleh dikatakan jawatannya berlebihan seperti bahasa Melayu, Geografi, Sejarah dan Pengajian Islam.

Pada masa sama, Kementerian Pendidikan tidak menjanjikan kenaikan pangkat secara automatik ke jawatan DGA41(DG3), seperti juga amalan dalam perkhidmatan awam yang lain.

Memanglah betul guru PJJ ini, termasuk JS, AZR, SBA sedikit menderita dalam mendapatkan ijazah kerana terpaksa berkorban wang ringgit, masa bersama keluarga dan pada masa sama terpaksa membayar yuran pengajian.

Begitupun, Kementerian Pendidikan terus berusaha menempatkan guru-guru ini ke jawatan DGA41(DG3), terutama mereka yang mengambil PJJ dalam kursus kritikal iaitu yang masih kekurangan dalam sistem seperti guru bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Mulai tahun ini, kerajaan sudah meluluskan kira-kira 8,000 jawatan ijazah di sekolah rendah, termasuk bagi guru PJJ. Sekurang-kurangnya perubahan perjawatan ini akan memberi manfaat kepada guru PJJ termasuk pengadu.

Selain memberi keutamaan penempatan kepada guru lulusan PJJ, Kementerian Pendidikan turut memberi keutamaan kepada program yang dirancang rapi kementerian berdasarkan unjuran tertentu.

Ini termasuk:

Calon yang mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) secara sepenuh masa di maktab perguruan anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) yang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah pertama secara sepenuh masa melalui pengambilan terus daripada Unit Pusat Universiti dan mendapat kelulusan cuti belajar separuh gaji.

PPLD yang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah pertama secara sepenuh masa melalui Program Khas Pensiswazahan Guru anjuran Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Calon yang mengikuti pengajian perguruan pada peringkat ijazah pertama secara sepenuh masa di IPTA dengan keutamaan diberikan kepada calon tajaan Kementerian Pendidikan.

Calon yang mengikuti pengajian perguruan pada peringkat ijazah pertama secara sepenuh masa di IPTA di bawah tajaan institusi/agensi kerajaan lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, kerajaan negeri dan yayasan negeri.

Program yang dirancang Kementerian Pendidikan untuk mengisi kekosongan jawatan mengikut bidang pengkhususan yang diperlukan di sekolah menengah dan sekolah rendah.


Mengenai graduan PJJ Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 70-an yang mendapat kenaikan pangkat ke DGA41 (DG3), Kementerian Pendidikan ingin menjelaskan bahawa pada waktu itu jawatan untuk guru bahasa Melayu, Geografi dan sebagainya agak banyak di sekolah-sekolah.

Lulusan PJJ waktu itu seolah-olah secara automatik boleh ditempatkan di sekolah menengah dengan jawatan DGA41 (DG3), sedangkan kedudukan terkini berlaku sedikit lebihan dalam program seperti bahasa Melayu, Pengajian Islam, Geografi dan Sejarah.

Oleh itu, mereka boleh ditempatkan dengan mudah. Walaupun Kementerian Pendidikan setakat ini tidak menghalang guru-guru melanjutkan pendidikan demi untuk memperluaskan horizontal pemikiran dan pengalaman mereka secara PJJ, Kementerian Pendidikan ingin menasihatkan guru-guru supaya memilih bidang yang kritikal supaya lebih mudah diserapkan dalam jawatan DGA41 (DG3).

Dengan perubahan struktur perjawatan guru siswazah di sekolah rendah mulai 2004 ini, Kementerian Pendidikan berharap sedikit sebanyak masalah guru PJJ ini dapat diatasi.

JULINA JOHAN,
Pegawai Perhubungan Awam,
b/p Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan"
诗晴
Posts: 218
Joined: 27-08-08 Wed 9:52 pm
Location: 雪兰莪

请问可以从PJJ转换去这项Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPLD) yang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah pertama secara sepenuh masa melalui pengambilan terus daripada Unit Pusat Universiti dan mendapat kelulusan cuti belajar separuh gaji吗?如何申请?
诗晴
淡淡的憂、微微的笑、緩緩的行、薄薄的缘
Post Reply

Return to “升学与就业”