Hutan Lipur Sungai Teroi terletak di Hutan Simpan Gunung Jerai yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit: Keistimewa hutan lipur ini ialah kedudukannya di kawasan Gunung Jerai yang merupakan puncak tertinggi di Negeri Kedah.
Pemandangan panorama yang menarik dari atas gunung dapat melihat kehijauan sawah padi, laut, Pulau Telor dan Pulau Bidan. Kawasan hutan lipur ini kaya dengan pelbagai tumbuhan tradisional seperti Pokok cina maki, Kelat, Gelam, Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Mata Pelanduk dan sebagainya. Terdapat juga beberapa tumbuhan seperti orkid liar dan periuk kera yang hidup subur tanpa gangguan.
Hutan lipur ini mempunyai pelbagai tumbuhan dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit hingga ke jenis Hutan Dipterokarp atas seperti damar minyak dan tumbuhan jenis konifer seperti podo bukit, podo cucur atap serta podo ekor kuda.
Berbagai aktiviti boleh dijalankan disini seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah, trekking dan jogging serta bersiar-siar, mendaki gunung, melihat hidupan liar dan “arboretum”. Selain itu kemudahan taman permainan juga disediakan disini untuk kegunaan pengunjung. Satu denai hutan yang menuruni gunung sepanjang 1 km, terdapat air terjun yang unik dan menarik serta kawasan perkelahan dan perkhemahan yang sesuai untuk aktiviti berkumpulan.
http://www.kedforestry.gov.my/index.php ... ngai-teroi